Kota Budapest |
Semasa aku
layan movie tu yang mengisahkan suku Hazara, terus teringatkan sorang awek backpacker.
Rakan satu dorm dihostel semasa di Budapest Hungary. Dia pun dari suku Hazara.
Berhijrah ke Austria semasa kecik bersama familynya dan dah jadi warganegara
Austria. Hazara adalah suku minority di Afghanistan. Suku kelas dua dan sering
ditindas disana. Mungkin dorang dari keturunan Genghiz Khan atau tentera Mongol
yang berhijrah ke Afghanistan setelah kalah perang. Mostly dorang berwajah
Mongolian dan muslim yang menganuti fahaman Syiah.
Awek Afghan dan rakan |
Sehari
selepas aku lepak kat hostel di Budapest tu, baru awek Afghan sampai bersama
dengan sorang awek mat saleh. Katil dia bersebelahan dengan katil aku. Kami pun
jadik kawan rapat. Semasa mula2 kenal, aku tanya apa nama dia. Nama dia nama
sorang muslim. Terus aku tanya dia sama ada dia sorang muslim atau pun tak.
Agak kesal bila aku dengar jawapan dari dia. My parent are muslim but I’m not. Kami
jadik kawan baik selepas tu dan sering keluar dan makan bersama untuk beberapa
hari. Bukan berdua, tapi dengan roomates yang lain. Salah satu lagi pengalaman
dan kenangan waktu mengembara kesana sini. Kenangan bersama sorang awek keturunan
Afghan.
No comments:
Post a Comment