Showing posts with label Portugal. Show all posts
Showing posts with label Portugal. Show all posts

Tuesday

Aku Telah Takluki Portugis

Semua orang tau, Melaka penah ditakluki oleh Portugis pada tahun 1511. Aku penah tertanya tanya dalam hati, kenapa Melaka tewas ditangan Portugis. Yang aku tau pendekar melayu dulu ramai yang kebal. Yang lagi terer, siap bleh terbang cam Kluang Man. Rupanya orang Portugis pun kebal gak. Pakai baju dan topi besi.  Kalau ditendang, kaki kita yang sakit. Ditikam dengan keris pun, dah tentu tak terjejas. Bla dua dua kebal, kelebihan terletak pada senjata masing masing. Pedang lawan keris. Dah tentu yang pakai pedang menang. Mungkin sebab tu Melaka tewas. Tu teori aku je. Jangan pecaya sangat.

Salah satu bandar yang aku singgah kat Portugal ya lah Lisbon. Aku agak terkejut bila sampai kat sana. Jauh dari apa yang aku bayangkan. Portugal dah mula nak jadik sebuah negara miskin. Aku dengar hutang banyak. Bukan hutang credit card atau hutang dengan along. Aku tak pasti hutang dengan bank dunia ke, negara lain ke atau IMF. Ekonomi jatuh dan ramai yang menganggur. Dah mula tertinggal dengan kemajuan Melaka. Melaka aku dengar dah pakai monorel kat tengah bandar. Lisbon masih lagi pakai tram.


Dua hari satu malam je aku menjelajah kota Lisbon. Dok kat satu hotel di Rossio. Banyak terdapat monument bersejarah kat sana. Monument yang dibina zaman kegemilangan dorang dulu. Zaman Vasco Di Gama. Aku sempat melawat beberapa tempat di tengah bandar Lisbon. National Theater, Comercio Square, Santa Justa Elevetar, Mosteiro dos Jeranimos, Campo Pequeno, Se De   Lisboa dan beberapa lagi tempat lain. Plan nak pegi museum. Nak tengok ada ke tak sejarah tentang Melaka. Agak kecewa. Museum banyak ditutup pada hari Isnin.


Lisbon sedikit menakutkan aku untuk berjalan diwaktu malam. Pepun, cost disana agak murah skit kalau nak dibandingkan dengan kota lain di Europe. Yang aku nampak, kurang pelancung dari negara luar kat sana. Pepun, aku puas hati dapat mengembara ke Lisbon. Dapat menakluki Portugis.

Aku akan ceritakan pengalaman aku di Portugal lebih banyak lagi dilain enntry atau post.




Saturday

Senja di Belem





Masa aku mengembara kat Lisbon. Aku dok kat satu hotel di Rossio. Sorang mamat yang keje kat hotel tu, rekemen aku supaya  melawat Belem. Siap beritau aku, kalau pegi kesana jangan lupa rasa egg tart yang paling sedap di Portugal. Belem terletak enam km dari pusat bandar. Banyak terdapat museum, istana, monument bersejarah yang lain dan garden. Aku naik metro dari Rossio kesetesen yang last sekali. Dah lupa apa nama stesen tu. Dari situ aku naik tram ke Belem. 

Dalam tram aku berkenalan dengan satu keluarga. Bila aku cakap yang aku berasal dari Malaysia, terus dia layan aku dengan mesra. Siap beritau info tentang Belem dan tunjukkan stesen mana aku harus berhenti untuk memulakan pengembaraan. Belem adalah kawasan lama yang terletak ditepi Tagus River. Dalam perjalanan bleh nampak April Bridge dan beberapa marina. Memang satu permandangan yang indah.

Tempat pertama yang aku lawati ya lah Torre of Belem atau Tower of Belem. Monument yang telah didirikan beratus tahun dulu. Tujuannya untuk mengawal kapal kuar masuk ke Lisbon. Tower tu penah ditawan oleh Sepanyol dan Perancis.

Lepas tu aku pegi ke Maritime Museum. Bangunan tu berbentuk kapal. Agak unik. Lepak kat situ sambil tengok  April Bridge dan kapal kuar masuk. Waktu tu dah hampir senja. Sejam pas tu aku bergerak untuk melawat Museum Nacional Arquelogia. Dalam perjalanan berjalan kaki kesana aku berhenti jap kat Vasco de Gama Garden dan Afonso de Albuquerque Square. Untuk berihat dan melepaskan lelah. Ada tugu peringatan untuk Vasco de Gama kat situ. Tak ramai orang waktu tu. Mungkin dah malam. Ada beberapa orang tengah jogging dan dua tiga couple sedang bercumbu rayu.

Tempat terakhir aku lawat ya lah Museum Nacional Arquelogia. Monument yang berusia beratus tahun. Tak lama aku kat situ. Mungkin kepala dah ingat nak balik hotel. Penat dan lapar. Pas tu aku naik tram dan metro balik ke Rossio. Sampai je hotel aku belasah maggie perasa kari dua bungkus. Terlupa nak beli dan rasa egg tart Belem.

Tuesday

Titik akhir Cabo Da Roca




Mungkin ada yang tak tau, Tanjong Piai di Pontian Johor ada lah titik akhir atau last point paling selatan bagi benua Asia. Pernah sekali aku kesana. Semasa mengembara ke Portugal, aku sempat singgah di Cabo Da Roca. Titik akhir sebelah barat benua Eropah. Salah satu destinasi atau tempat tumpuan pelancung di Portugal. Untuk kesana, aku naik bas dari Sintra. Perjalanan yang ambik masa dalam 45 minit. Cabo Da Roca agak tenang dan mendamaikan. Ada didirikan sebuah tugu dan rumah api kat situ. Aku lepak kat situ dalam tiga jam sambil merenung Lautan Atlantik yang terbentang luas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...