Thursday

Backpacking cara aku

Tak lama lagi aku akan backpacking atau mengembara ke Eropah. Tengah sibuk carik info apa yang patut. Kepala pun tengah pening nak pilih destinasi mana untuk disinggahi. Setiap tempat ada kelebihan masing masing. Indah, banyak monument sejarah  atau pun cost yang agak rendah. Apa yang aku fahami, cost dikota kota sebelah Eropah Timur agak murah. Macam kat Budapest, Bucharest, Zagreb dan beberapa kota lain.


Cost memang penting. Lagi banyak destinasi kita pegi, dah tentu cost makin banyak. Biasanya tiga cost yang aku ambik berat. Makanan, tempat tinggal dan transportation. Lagi banyak aku dapat save cost, lebih banyak destinasi yang aku boleh singgah atau pegi.

Biasanya, memula pengembaraan lagi, bag aku dah berat atau penuh dengan barang barang. Bukan penuh dengan pakaian atau duit. Berat disebabkan makanan. Aku akan bawak barang macam maggie. sardin, biscuit, orange, apple atau pear. Untuk dibuat bekalan semasa dalam pengembaraan. Save cost dan tak pening kepala nak pikir tentang makanan halal. Kalau aku terjumpa restoren halal baru aku makan nasi atau makanan berat yang lain. Dari situ aku dapat save cost bab makanan.

Tempat tinggal lah yang paling senang nak save cost. Banyak cara yang aku buat. Ambik perjalanan diwaktu malam dengan night train atau bas. Dah boleh save duit hotel atau hostel. Kalau duduk kat hostel. Aku carik hostel yang agak murah. Memang aku tak suka lepak kat hostel. Apa nak buat kalau dah tak ada pilihan. Tak ada privacy. Bercampur bilik dengan backpacker yang lain. Lagi pening bila berkongsi dorm dengan backpacker perempuan. Selalunya aku carik dan booking hostel kat link ni carik hostel

Satu lagi cara nak save cost tempat tinggal yang aku selalu buat. Tido kat airports dan stesen bas atau keretapi. Aku berani buat sebab aku ni jenis low profile atau simple. Lagi pun ramai backpacker dari negara maju yang buat. Kadang kadang lebih selesa dari tido kat hostel. Semua kemudahan ada, termasuk wifi, restoren dan bilik air.Mungkin korang segan nak buat. Pepun, klik sini korang boleh tengok cara atau airport kat mana yang boleh tido dengan aman.  Untuk pengetahuan, KLIA berada no empat bagi category best of the world untuk tido. Pepun, jangan lupa bawak ear plug dan eye cover. Dapat tido lebih lena lagi.

Itu la cara aku backpacking kalau mengembara ke Europe. Perlu di ingat. Aku bukan tourist atau pelancung. Aku adalah sorang backpacker. Korang nak kutuk aku, tak standard ke, low class ke, aku tak kesah.Nak ikut cara aku pun, aku tak kesah. Janji aku hepi, adventure dan yang penting, independent. Lagi banyak tempat kita pegi, lagi banyak pengalaman yang kita dapat.



5 comments:

Cikgu Jaja™ said...

jaja suka cara awk berbagpacking..cool..doakn awk selamat pergi dan pulang..enjoy yah!

bismillahi tawakkal 'ala Allah..

:)

Maya Dhira said...

boleh bg tips ke eropah??

Jimmy said...

boleh...takde hal punya...tips cam mana tu...

666 said...

saye dlm tahun depan..mmg berkire2 nk backpack di eropah...berpae bajtnye bro..1st time..tapi seminggu je lah..hehehe

Jimmy said...

nak pergi negara mana tu bro...bajet terpulang pada hostel dan trabsport.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...