Pagi semalam aku dapat call dan berita gembira dari sorang kawan. Ada bazaar ramadhan Malaysia di Hyatt Plaza. Aku dan sorang kawan yang juga berasal dari tanah air sempat pergi kesana. Hyatt Plaza adalah satu mall yang agak class dan terletak di kawasan gersang Al Rayyan. Bazaar tersebut diadakan sehari atau sekali je semasa ramadhan tahun ni. Aku kurang pasti siapa penganjurnya. Dibuka dari pukul 2 hingga 5 petang. Pertama aku kali dapat meraikan bazaar ramadhan diluar negara. Dapat kesempatan bertemu dengan rakyat Malaysia yang sama2 merantau kesini. Yang pasti, dapat membeli dan merasai juadah berbuka puasa dengan masakan dan kuih muih Malaysia.
Dalam perjalanan kesana kita orang sesat
beberapa kali. Mungkin pertama kali kesana. Semasa dalam perjalanan aku
tertanya tanya dalam hati, apa juadah yang ada dijual. Berharap sangat ada soto
atau lontong. Makanan yang dah bertahun aku tak dapat rasa. Mengidam giler.
Kita orang sampai disana dalam pukul 3
petang. Orang ramai berpusu pusu datang. Pelbagai bangsa dan mostly rakyat
Malaysia yang berkerja dan menetap disini. Macam2 gaya aku tengok. Ramai jugak
aku tengok yang berkawin dengan warga asing saperti mat saleh dan Arab. Mungkin
dorang datang untuk melepaskan kerinduan dengan masakan Malaysia. Dua kali enam
macam aku jugak. Ada lebih kurang lapan gerai yang menjual kuih muih, lauk pauh
dan nasi lemak.
Aku terus kegerai yang menjual nasi
lemak. Beratur agak panjang. Satu jam lebih beratur baru aku dapat membelinya.
Aku beli satu bungkus nasi lemak dengan lauk sambal kerang, paru2, ayam masak
merah. Berharga lebih kurang 30 ringgit. Selepas tu aku kegerai kuih muih.
Kebanyakan kuih dah habis dijual. Yang tinggal hanya dua jenis. Kuih bingka dan
kuih sagu color merah yang ada kelapa. Aku dah lupa apa nama kuih tu. 4
potongan kecil kuih bingka berharga lebih kurang 5 ringgit. Harga yang sama bagi
dua potongan kuih sagu merah. Jauh berbeda dengan harga ditanah air. Selepas tu
aku pergi ke gerai yang menjual lauk pauh. Oleh kerana orang terlalu ramai dan
masa pun dah suntuk. Aku tak sempat untuk membeli lauk pauh. Terus balik.
Pepun, semalam aku berbuka puasa dengan
makanan yang aku idamkan. Nasi lemak sambal kerang dan kuih tradisinal Melayu. Walaupun
tak ada soto dan lontong. Aku berbuka puasa dengan makanan paling lazat yang
aku rasa semasa ramadhan tahun ni. Syukur Alhamdulillah.
10 comments:
dah dapat makanan idaman, mesti kenyang sampai berbuka esoknya nih...
sekali je? kalau once a week mesti kurang sikit rasa kempunan tu...
=)
waa..
hrni jaja belajar msk botok2 dgn mak..utk juadah berbuka :p
happy ramadhan dr johor malaysia :)
anne,
tak kenyang pasal tak cukup hehehe...apa yg saya dengar....dorang buat setahun sekali...first time saya pergi...mungkin kot kalau buat once a week..:)
jaja,
selalu gak makan botok kalau pegi ke umah sedara kat satu kampong di pontian...botok tu mcm pais kan..kalau tak silap...masakan dari keturunan bugis...;)
Assallammualakum bang Jimmy apa kabarnya nih bang selamat menunaikan ibadah puasa ya bang,mantef artikelnya,hahahyyy
salam ramadhan icah...saya sihat cam biasa...artikel ni biasa je hehehe...moga icah ceria dan sihat selalu...:)
Aik?! Lauk sikit punya meriah pun tak kenyang? Next time kena beli berbungkus2 nih... hehe
=)
ohh.. maknan bugis eh.br tau.. hihi
btw jaja org jawa pontian :p
meh2 jemput dtg kenduri rumah jaja raya ke-5 23/8 nie..
anne,
lain kali tu tahun depan...:P
jaja,
pontian memang byk jawa pun hehehe...insyallah kalau saya balik johor...:)
Post a Comment