Friday

Lepaskan Rindu Pada Malaysia Bersama Sri Kebaya


Malam tadi aku makan disebuah restoren Malaysia bersama tiga orang sahabat berasal dari Malaysia yang sama sama merantau dan berkerja disini. Restoren yang bernama Sri Kebaya. Dua tingkat dan terletak di Souq Waqif. Tempat orang tempatan dan expatriates suka lepak layan shisha sambil makan dan minum. 


Tuan punya restoren Sri Kebaya adalah sorang perempuan Melayu yang berasal dari Penang. Bekas stewardess jet peribadi Emir Of Qatar. Restoren tu pernah dikunjungi oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan beberapa orang menteri dari Malaysia. Emir Of Qatar dan isteri pernah juga makan disana. Pengunjung restoren tu kebanyakannya expatriates dari pelbagai negara dan dah tentu dari Malaysia.



Aku pernah makan disana tiga kali. Aku jarang kesana disebabkan agak jauh dan tak ada makanan kegemaran aku dari selatan tanah air saperti asam pedas, lontong, soto, mee rebus, mee bandung dan otak otak. Masakan atau menu dari Malaysia yang ada disitu dari pelbagai jenis saperti laksa, satay, mee goreng mamak, char kuay teow, nasi lemak, nasi goreng biasa atau kampong, tom yam dan beberapa lagi. Terdapat juga kuih Seri Muka dan Kuih Sri Lapis. Pekerja restoren tu berasal dari Malaysia, Indonesia, Phillipines dan India.



Sorang perkerja yang berpakaian agak unik akan mengalukan kedatangan kita diluar restoren. Semalam aku dan kawan kawan makan mee mamak, tom yam, udang dan ikan goreng sambal atau berlada. Minuman pula adalah air bandung dan air sirap berselasih. Sambil mendengar alunan lagu lagu lebaran yang disiarkan oleh perkerja restoren. 



Kalau berkunjung ke Doha, jangan lupa datanglah ke Sri Kebaya. Restoren tempat aku melepaskan rindu pada Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...