Sunday

Menyeberangi Selat Gibraltar Dari Eropah Ke Africa


Setelah seminggu aku mengembara ke Portugal dan Spain, tiba masanya untuk aku memulakan pengembaraan ke benua Africa. Menuju ke Morocco dengan menaiki ferry yang mana akan menyeberangi Selat Gibraltar atau Strait Of Gibraltar. Selat yang memisahkan antara benua Eropah dan Africa.

Selat Gibraltar
Semasa aku berada di Granada, aku cari infomasi tentang ferry untuk ke Morocco. Ada beberapa tempat atau pelabuhan yang menyediakan perkhidmatan ferry ke Morocco. Algericas dan Tarifa di Spain serta Gibraltar. Pelabuhan disebelah Morocco pulak adalah Tangier dan Ceuta. 

Agak tertarik dengan satu perkhidmatan ferry antara Tarifa Spain ke Tangier Morroco. RFS Ferry yang hanya mengambil masa 35 minit perjalanan. Tarifa adalah titik akhir paling selatan bagi benua Eropah. Sebuah bandar peranginan dan pelabuhan yang kecil. Kalau keadaan cuaca agak cerah, boleh lihat daratan disebelah Africa dari situ. Tiket dari Tarifa ke Tangier berharga 36 Euro untuk sehala.

Terminal Ferry Di Tarifa
RFS Ferry
Ferry yang aku naiki tu turut membawa kenderaan saperti kereta dan bas. Penumpang tak lah ramai dan banyak kerusi kelihatan kosong. Kebanyakan penumpang adalah pelancung dari luar saperti Jepun dan negara Eropah lain. Aku difahami bahawa ramai yang menaiki ferry dari Algericas. Disebabkan tambangnya lebih murah. Didalam ferry yang aku naiki ada pelbagai kemudahan saperti restoren dan kedai menjual souviner. Yang agak unik sikit, semua urusan immigresen untuk memasuki Morroco dilakukan diatas ferry. 

Dalam Ferry
Pelabuhan Tarifa
Bermula dari ferry bertolak aku asyik tengok jam. Nak pasti betul ke ferry tu mengambil masa hanya 35 minit untuk sampai ke Tangier. Dalam satu jam baru ferry tu sampai ke Tangier. Bukan 35 minit yang aku jangkakan. Apabila ferry tiba dan penumpang turun. Pihak immigresen akan memeriksa semua passport penumpang untuk memastikan semua passport telah dichop.

Deck Atas Ferry
Pelabuhan Tangier
Dari pelabuhan Tangier aku ambik taxi terus ke stesen keretapi. Malamnya aku bertolak ke Marrakech. Bermulalah pengembaraan aku menjelajah Morroco selama satu minggu.



2 comments:

Janggel / Rain said...

Oh besar juga ferrynya. Kalau kecik kompom mendatangkan mabuk. hehehe

Jimmy said...

memang besar pun...bas pun bleh masuk...mabuk pun ok gak...mabuk free hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...