Ibu
negara bagi Slovenia adalah Ljubljana. Aku berada disana selama empat hari.
Sempat menjelajah beberapa tempat dan monument di Ljubljana. Salah satunya
adalah Ljubljana Castle yang terletak dipuncak Castle Hill dikawasan Old Town.
Congress Square |
Triple Bridge |
Kalau
kita ronda ronda dikawasan Old Town saperti di Triple Bridge atau Congress
Square, kita boleh nampak Ljubljana Castle diatas puncak bukit. Ada tiga cara
untuk pergi ke castle tu. Menaiki funicular railway , bas atau kereta dan berjalan
kaki. Aku pilih berjalan atau mendaki
melalui satu jalan sempit dan curam dari kaki bukit yang berhampiran
dengan Triple Bridge.
Ljubijana Castle |
Ljubljana
Castle telah dibina pada tahun 1112. Pernah menjadi kediaman rasmi bagi beberapa
orang nobleman dan dukes. Pernah cuba diserang oleh tentera Islam Ottoman
Empire. Dijadikan markas atau kubu dan hospital tentara pada abad ke 17.
Menjadi prison atau penjara selepas jatuh ketangan Napoleon dan Austrian Empire.
Diubahsuai pada tahun 1990. Dijadikan satu monument sejarah dan dibuka untuk
dilawati oleh orang ramai.
Bayaran
masuk kedalam castle berharga 5 euro. Kawasan courtyard, chapel dan gift shop
tidak dikenakan bayaran. Terdapat jugak satu restoren disitu. Aku tak masuk dan
melawat kedalam castle. Aku hanya lepak di courtyard dan naik ketembok tinggi untuk
memerhati permandangan disekeliling. Dari situ boleh lihat keindahan kota
Ljubljana dan Banjaran Kamnik Alps yang diseliputi oleh salji.
Terasa
tenang walaupun cuaca agak sejuk waktu tu. Hampir dua jam aku
lepak disana. Sempat beli beberapa souviner saperti fridge magnet dan key
holder. Satu lagi castle yang telah aku lawati di Eropah. Ljubljana Castle di
Slovenia.
4 comments:
wahhh! dari jauhh dh nmok snow-capped mountain tu. lawa dowhh...
ni yg ko baru pegi aritu ke bro?
wow sebuah pekan lama yang sangat cantik. kagum sat...
cantik..cantik...gmbr yg congress square tu nampak mcm di edin pon ada... anyway, camner u buat/dpt background gunung2 tu...? lawa la...
john,
memng cantik pun bro...aah....pegi sana last feb.
janggel,
slovenia memng cantik...famous dgn ski resort...cost kat sana ok gak la...x mahal sgt
farikica,
dari jauh lagi bleh nmpk castle tu...byk gak la ambik gmbr dari jauh...tercantik yg kat congress square...backgorund gunung tu memang snap masa kat castle tu...ada masa pegi la ke sana...:)
Post a Comment