Friday

Tak Hiraukan Travel Warning Di Tiga Negara


Bulan depan aku akan bercuti selama empat hari sempena Aidil Adha. Dah berbulan aku tak backpacking atau keluar negara. Semasa cuti Aidil Adha nanti aku teringin sangat untuk mengembara atau bercuti kemana mana. Untuk berihat seketika dan mencari ketenangan selepas berakhirnya musim panas yang selalu buatkan aku stress dan kepenatan. 

Beberapa destinasi kota dinegara berhampiran dah ada didalam pikiran aku. Tertarik atau berminat dengan tiga destinasi. Tehran Iran, Kabul Afghanistan dan Sanaa Yemen. Kota yang ada travel warning. Berbahaya untuk dilawati saat ini. Aku tak hiraukan travel warning tu. Hanya untuk mencari pengalaman baru. Yang pasti, pilihan aku hanya satu.

Kabul

Tehran

Sanaa
Dalam beberapa hari ni aku akan decide destinasi pilihan dan cari airlines mana yang ada promosi dan tiket murah. Bila dah buat flight booking dan urusan visa jika perlu baru aku akan cari info tentang hotel dan tempat tempat yang aku akan jelajahi. Berharap sangat agar aku tak diarahkan bertugas semasa Aidil Adha nanti.

5 comments:

shida abd rashid said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Danny / John said...

FM satu!!! kekek have a safe journey bro!

Jimmy said...

ok bro...hulur masa bercuti ke malaysia nanti...thank...:)

Cikgu Jaja™ said...

knp ada travel warning?? sbb keadaan negara ker??

jimmy..nak kirim fridge magnet dari sana.. nak la..nak la..hehe

nanti jaja bankin, bak mai no akaun

Jimmy said...

aah...tgh ada pergolakan politik kat sana...isyallah nanti jimmy belikan FM tu...free je...anggap sebagai hadiah untuk perkawinan jaja baru2 ni...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...