Dah agak lama aku tak update atau aktifkan blog aku. Mungkin
mood aku untuk aktif hilang disebabkan gambar2 yang aku tag semuanya hilang. Kerja
pun agak sibuk, ke offshore dan kesihatan agak terganggu sedikit. Rasa malas untuk tagkan
balik gambar2 tu semua. Kalau ada kesempatan atau mood datang semula, aku akan tag gambar2 tu. Ada agak beratus dan line wifi pulak agak selalu bermasaalah.
Nak tag satu gambar pun terkial kial. Entah kenapa hari ni terasa untuk menulis
semula diblog ni. Hari ni hari pertama aku berpuasa dibulan ramadhan. Berpuasa
sehari awal dari tanah air. Banyak dugaan atau ujian yang aku akan tempuhi bila
mengerjakan puasa dibulan ramadhan disini. Di negara padang pasir yang gersang
dan disaat musim panas yang mana cuaca panasnya hampir mencecah 50 C. Humidity
yang agak tinggi. Badan sentiasa berpeluh yang kadang2 membasahi seluruh badan
dan melejutkan atau melencunkan baju. Ada yang pengsan bila berkerja dibawah
sinaran mentari. Kekurangan air disebabkan berpuasa. Satu dugaan yang harus
ditempuhi.
Memang terasa sayu bila menempuhi ramadhan bersorangan
diperantauan. Tanpa makanan kegemaran atau makanan tradisional. Tanpa ada
bazaar ramadhan saperti ditanah air. Berbuka puasa pada pukul enam lebih dan
imsak pada pukul tiga lebih. Berbuka puasa dengan makanan yang bukan kegemaran.
Selalunya makanan arab, turki, india dan barat. Bersahur dengan makanan yang
dimasak sendiri. Tak tentu, salah satunya, makanan tradisional aku sebagai
perantau, apa lagi kalau bukan maggie. Sesekali aku akan goreng ikan bilis,
ikan, sausage atau ayam. Kuahnya hanya kicap dan berulam lada atau cili kecik.
Satu yang agak unik disini, akan dapat kurma semasa dilampu
isyarat. Ramai yang menunggu untuk sedekahkan kurma semasa kereta kita
berhenti. Satu lagi dugaan yang agak merimaskan, adalah ribut pasir atau desert
storm. Udara penuh pasir yang berterbangan. Ada masanya, matahari tak
kelihatan. Menutup pandangan dan badan akan dipenuhi pasir. Beratus kali lebih teruk
dari tanah air bila dilanda jerubu. Pepun, ramadhan disini memang mengasyikkan.
Asyik dengan dugaan dan ujian. Aku tetap redha,
5 comments:
Salam Ramadhan,selamat berpuasa dan menjalankan ibadah. jagalah kesihatan dan bertabahlah, semoga segalanya berjalan lancar!
Bertabahlah Jimmy..
Selamat menunaikan ibadat Puasa di perantauan. Semoga amalan kita diterima olehNya :D
Salam Ramadhan dari malaysia jimmy. Bertabahlah. Semoga anda semua tabah menghadapi ramadhan kali ini. Semoga semuanya berjalan dgn lancar.
Jaga kesihatan!
Salam Ramadhan 1433H buat Jimmy yang sedang jauh di perantauan. Jaga diri, hiasi peribadi, tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi chewaahhhh ...
Janggel, MasMZ, Danny, Azizan,
salam ramadhan...terima kasih atas komen2 dan dorongan yg diberi...semoga amalan kita semua diterima olehNYA.
Post a Comment