Monday

Sejenak Di Ljubljana Castle Slovenia


Ibu negara bagi Slovenia adalah Ljubljana. Aku berada disana selama empat hari. Sempat menjelajah beberapa tempat dan monument di Ljubljana. Salah satunya adalah Ljubljana Castle yang terletak dipuncak Castle Hill dikawasan Old Town.

Congress Square

Triple Bridge

Kalau kita ronda ronda dikawasan Old Town saperti di Triple Bridge atau Congress Square, kita boleh nampak Ljubljana Castle diatas puncak bukit. Ada tiga cara untuk pergi ke castle tu. Menaiki funicular railway , bas atau kereta dan berjalan kaki. Aku pilih berjalan atau mendaki  melalui satu jalan sempit dan curam dari kaki bukit yang berhampiran dengan Triple Bridge.

Ljubijana Castle


Ljubljana Castle telah dibina pada tahun 1112. Pernah menjadi kediaman rasmi bagi beberapa orang nobleman dan dukes. Pernah cuba diserang oleh tentera Islam Ottoman Empire. Dijadikan markas atau kubu dan hospital tentara pada abad ke 17. Menjadi prison atau penjara selepas jatuh ketangan Napoleon dan Austrian Empire. Diubahsuai pada tahun 1990. Dijadikan satu monument sejarah dan dibuka untuk dilawati oleh orang ramai.




Bayaran masuk kedalam castle berharga 5 euro. Kawasan courtyard, chapel dan gift shop tidak dikenakan bayaran. Terdapat jugak satu restoren disitu. Aku tak masuk dan melawat kedalam castle. Aku hanya lepak di courtyard dan naik ketembok tinggi untuk memerhati permandangan disekeliling. Dari situ boleh lihat keindahan kota Ljubljana dan Banjaran Kamnik Alps yang diseliputi oleh salji.



Terasa tenang  walaupun  cuaca agak sejuk waktu tu. Hampir dua jam aku lepak disana. Sempat beli beberapa souviner saperti fridge magnet dan key holder. Satu lagi castle yang telah aku lawati di Eropah. Ljubljana Castle di Slovenia.




4 comments:

just.HY said...

wahhh! dari jauhh dh nmok snow-capped mountain tu. lawa dowhh...

ni yg ko baru pegi aritu ke bro?

Ren said...

wow sebuah pekan lama yang sangat cantik. kagum sat...

Farikica said...

cantik..cantik...gmbr yg congress square tu nampak mcm di edin pon ada... anyway, camner u buat/dpt background gunung2 tu...? lawa la...

Jimmy said...

john,

memng cantik pun bro...aah....pegi sana last feb.

janggel,

slovenia memng cantik...famous dgn ski resort...cost kat sana ok gak la...x mahal sgt

farikica,

dari jauh lagi bleh nmpk castle tu...byk gak la ambik gmbr dari jauh...tercantik yg kat congress square...backgorund gunung tu memang snap masa kat castle tu...ada masa pegi la ke sana...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...