Tuesday

Bahasa Melayu DiMedan Perang Mu’tah

Salah satu tempat yang aku lawati semasa pengembaraan ke Jordan, adalah Mu’tah. Jaraknya, dua jam perjalanan dari Amman. Disitulah terjadinya satu peristiwa penting dizaman Rasulullah. Medan peperangan antara tentera Islam dari Madinah dengan tentera kerajaan Roman Byzantine. Dikenali sebagai Perang Mu’tah atau The Battle of Mu’tah. Berlaku pada tahun 629 atau 9 Hijrah.






Tak jauh dari pekan Mu’tah dengan menuruni bukit, ada satu masjid dan makam bagi panglima perang tentera Islam yang gugur syahid. Makam Jaafar Ibni Abi Talib, Zaid Ibni Harith dan Abdullah Ibni Rawahah. Didalamnya juga terdapat satu mini museum. Bayaran masuk adalah percuma. Terdapat senjata saperti pedang, Qu’ran lama dan barang tembikar yang dipamirkan.







Masa aku berkunjung, tak ramai pelawat yang datang. Aku agak terharu bila melihat papan tanda atau signboard yang terdapat disitu. Semuanya didalam bahasa Arab, English dan Melayu. Agak bangga bila bahasa Melayu diiktirafkan. Betambah terharu bila aku diberi layanan mesra oleh staff museum.




Hanya untuk pengetahuan. Dalam perang Mu’tah. Hanya 3000 jumlah tentera Islam yang menentang tentera Byzantine yang bergabung dengan puak Ghassanid. Jumlah tentera musuh adalah 200,000, diketuai oleh Hercules. Satelah gugur tiga panglima tentera Islam yang mana dimakam disitu, Khalid Ibni Al Walid dilantik menjadi panglima perang buat pertama kali. Sembilah bilah pedang telah patah semasa bertarung. Dari situlah dia diberi gelaran Saifullah atau Pedang Allah.





8 comments:

norh said...

moga dapat sampai ke sini jugak suatu hari..

Iam.Faith said...

You must have studies or read a lot before you're deciding on any trip kan. Mesti simpan byk pamplet tempat2 yg u pernah jelajahi.

Ialah bukan senang utk membawa org mengembara bersama2 kita. Memahami apa yg kita sampaikan melalui gambar & sedikit explanation. Tambahan sesuatu yg berkenaan sejarah. Sbb sejarah adalah 'fact' bukan mitos.

Membaca catatan u, spt sama2 berada dlm setiap penjelajahan u... spt turut berada di sana. Well said.

Jimmy said...

norh,

moga awak akan sampai kesana satu hari nanti...:)

Jimmy said...

Iam faith,

terima kasih atas comment yg panjang diatas...:)

memang saya banyak simpan pamplet tempat dimana saya travel...sebagai kenangan.

Iam.Faith said...

sorry.. atas komen yg panjang..

komen yg ikhlas... :-)

Janggel / Rain said...

Wah terharu jugak bile tau pasal ni.
Dulu bahasa Melayu memang pernah jd bahasa antarabangsa (digunapakai dalam urusan perniagaan dan perdagangan) , cuma zaman2 moden ni je yang dah tenggelam.

Jimmy said...

its ok Iam faith...panjang mana pun takpe...:)

Jimmy said...

janggel.

btul tu...akan timbul balik satu masa nanti...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...