Monday

Jenguk Israel Dari Aqaba

Sebelum aku pergi dan mengembara ke Jordan, sorang kawan ada beritau dan beri satu suggestion, ada masa masuklah ke Israel. Kan Malaysian tak boleh masuk ke Israel. Dah tertulis dipassport kata aku. Boleh kata kawan aku tu. Pihak Israel akan beri dua pilihan kat kita. Sama ada nak chop passport atau bagi satu pass tanpa passport dichop. Datang keinginan aku untuk masuk ke Israel. Kalau boleh ke Tel Aviv. Untuk mengetahui macam mana rupa orang Israel dan keadaan disana. Atas nasihat sorang kawan, keinginan aku tu dibatalkan. Tak nak ambik risiko. Hanya aku akan jenguk Israel dari jauh je.

Eilat Israel
Salah satu pintu masuk ke Israel di Jordan terletak di Aqaba. Bandar pelabuhan, free duty zone dan pusat peranginan yang terletak paling selatan. Dari Amman aku menaiki bas untuk ke Aqaba. Melalui King’s Highway selama empat jam. Dapat lihat satu permandangan yang cantik didalam perjalanan. Agak berlainan skit dari negara Arab yang lain.




Sebelum masuk kebandar Aqaba, kita akan melalui satu pusat immigresen dan kastam. Aku disoal dengan banyak sebelum dapat meneruskan perjalanan. Apa tujuan ke Aqaba dan tinggal dimana. Pepun aku dilayan dengan mesra oleh pihak immigresen bila dorang tau aku ni dari Malaysia.



Eilat Israel
Aqaba bersempadan dengan bandar Eilat dibahagian Israel. Pintu masuk ke Israel atau pusat immgresen hanya satu km je. Dari Aqaba kita dapat lihat Eilat dengan jelas. Di Aqaba aku lepak kat satu hotel murah dikawasan South Beach. South beach adalah satu pantai cantik yang menjadi tumpuan pelancung dan orang tempatan. Boleh bermandi manda dan scuba diving. Satu lagi activity yang menarik adalah menaiki glass bottom boat. Melihat kehidupan laut saperti ikan dan batu karang yang banyak.





Sambil berihat ditepi pantai, aku memerhatikan Israel dari jauh. Yang jelas kelihatan. Ada masa terasa kesal tak kesana. Boleh jugak ke Masjid Al Aqsa. Yang aku mampu, hanya jenguk je dari jauh.


Eilat Israel
Ada masa dan kesempatan, aku akan ceritakan lagi pengembaraan aku di Jordan.


7 comments:

R.a.W | Ramble and Wander said...

Hi Jimmy, first time komen di sini.

Saya pun mmg ada hajat untuk ke sana tapi lebih utk ke Jerusalem/ Al Quds. Laluan lebih dkt utk ke sana melalui Amman. Mmg betul pasal cop immigration tu, kita boleh minta dia cop atas sekeping kertas yg berasingan. Harap2 dpt ke sana satu hari nanti.

Anyways, looking forward to reading more about your trip to Jordan. I love that country. Totally unpretentious and beautiful in its own way.

Jimmy said...

hi R.a.W,

thank dude...sebab jenguk blog ni...memng teringin nak ke Jerusalem...maybe lain kali...Jordan memang menarik...agak berbeda dgn negara arab lain...ada unik skit...:)

Janggel / Rain said...

Menarik. saya pon teringin nak jenguk Israel tu.. tapi nak masuk dalam tu hmm tak la kot. Anyway thanks bagi gambaran .

Jimmy said...

you are welcome janggel...kan sharing is caring...rasa cuak skit nak masuk kesana...tapi ada rasa ralat gak sebab tak masuk...:)

Pida said...

Saya nak baca lagi!

adoone ahmad said...

Jimmy..nk tanya...susah ke nk masuk israel? Will we be asked lots of questions kat sana?

adoone ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...