Monday

Selamat Tinggal Lipstick Dan Sunblock

Sejak kebelakangan ni bila aku jenguk kelangit, akan kelihatan banyak awan. Tak saperti selalu. Dan kelihatan ada juga awan yang gelap. Tu salah satu tanda akan ketibaaan musim hujan dan winter. Selain cuaca tidak lagi panas. Ramai yang tak sabar menunggu turunnya hujan dan musim sejuk. Dipadang pasir yang gersang ni. Bagaikan satu rahmat.



Dah bertahun aku tinggal dipadang pasir. Paling tak tahan semasa summer atau musim panas. Kadang2 kehangatannya sama mencecah 50+ C. Selalu stress. Paling mencabar disaat ramadhan. Badan atau muka akan menjadi gelap disebabkan terik matahari. Bibir akan mengelupas. Bahang mentari yang diselang seli dengan angin yang terasa hangat. Terpaksa pakai baju long sleeve. Kalau tak, tubuh akan menjadi saperti bendera negeri Pahang. Disetengah bahagian putih dan disetengah gelap. Yang tak menutup muka dan hanya memakai safety glass. Muka akan jadi macam samurai. Hanya cerah dibahagian mata.
Salah satu cara untuk mengelakkan perubahan pada kulit muka, dengan mngunakan sunblock dan lip stick atau lipcare. Walaupun aku tak menggunakan benda tu semua dan muka akan kelihatan gelap. Manis tu tetap ada dan wajah aku tetap tak jemu dipandang. Lebih manis dari gula batu. Tapi tak lah sampai dikerumuni oleh semut.



Salah satu cara untuk menjaga kulit muka dan bibir. Aku gunakan sunblock dan lipcare atau lipstick. Lipstick tu bukanlah ada warna. Warna merah atau hijau ke. Kalau pakai yg berwarna merah, lain pulak cerita. Mulalah aku dituduh gay. Kena pulak aku ni jenis manja. Tapi tak lah sampai gedik. Sunblock pulak, aku gunakan SPF yang agak tinggi. Rating 55. Bila pakai sunblock, wajah aku maintain saperti biasa dan makin cerah. Dan makin ramai yang memuji kehenseman aku. Bukan aku perasan ke apa. Aku cakap yang betul. Sumpah. Sumpah semerah padi.

Semasa musim sejuk, sunblock tidak digunakan. Yang pasti, mungkin aku tak sempat merasai musim winter ditahun ni disini. Di padang pasir yang gersang. Aku akan bertukar tugas ke salah satu negara di Afrika tengah. Aku pasti akan terindu akan suasana winter disini. Satu memori indah untuk dikenang. Selamat tinggal sunblock dan lipstick.




4 comments:

Ren said...

Wah tajuknya sangat classy ! hehehe

Ye benda2 macamtu memang perlu.

Faith said...

very informative...

entry yg sangat berbeza.. dlm suka spt ada cerita yg tersirat..

Dkt mana pun u berada,keep us posted.

I wish you all the best n semoga rahmat Allah sentiasa bersama u.

Jimmy said...

janggel,

saja je buat suspen skit hehehe...hanya untuk berkongsi pengalaman tinggal dipadang pasir.

Jimmy said...

Iam Faith,

thank for the comment...kalau ada peluang dan kesempatan, tetap akan updatekan blog ni...same goes to you...amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...