Wednesday

Sahabat Aku Palestine


Malam tadi aku tenguk ada dua tiga jet pejuang sedang membuat latihan penerbangan. Terus aku terpikir, mungkinkah persediaan untuk menyerang Israel. Kan semua tahu yang Gaza sekarang ni tengah bergolak. Perang antara Israel dan pejuang Palestine.


Aku belum pernah lagi sampai ke Palestine. Yang pasti, aku punyai ramai sahabat sahabat yang berasal dari sana. Bercampur gaul bersama. Ada beberapa kawan sekerja yang berbangsa Palestine. Seorang tu bernama Hamid. Agak rapat dengan aku. Walaupun dia dilahirkan disini, tetap tak dapat taraf kerakyatan. Masih berstatuskan pelarian. Semasa aku mengembara ke Syria, aku pernah menginap dirumah satu keluarga Palestine. Dilayan saperti saudara sendiri. Di Lebanon aku berkenalan dan menjadi karib dengan sorang pekerja hotel yang berbangsa Palestine. Dia menceritakan yang ramai saudara maranya disembelih di kem pelarian oleh tentera Israel. Semasa dalam satu flight ke Manama Bahrain, aku berkenalan dengan sorang pemuda yang berasal dari Palestine. Disana kami tinggal sebilik disebuah hotel. Makan minum dan berjalan jalan bersama. Mereka semuanya sahabat sahabat aku. Berbangsa Palestine.

Semuanya yang aku kenal, meluahkan rasa kekecewaan. Kecewa kerana tidak mempunyai satu negara sendiri. Aku amat bersyukur. Ramai lagi yang berdoa agar dapat hidup saperti yang aku perolehi sekarang ini.

3 comments:

Iam.Faith said...

cacatan u kali ni.. I spt tak reti nak berkata2
sebak menguasai diri bila mengenangkan apa yg berlaku di Gaza skrg.

Sya pernah bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid ke-3 org islam harus pergi adalah Masjid Al Aqsa, Palestine. Semoga kita semua mampu ke sana satu hari nanti. Amin.

We are never too small, never too far, never too weak.. There's always something we can do..

Iam.Faith said...
This comment has been removed by the author.
Jimmy said...

Iam Faith,

thank for the info and comment...kita berdoa je lah agar palestine akan aman dan damai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...