Friday

Gado Gado Budapest


Setelah aku mengembara seminggu di Germany, Austria dan Slovekia. Aku betul betul rindu nak makan nasi. Sebelum tu hari hari aku makan maggie yang dibawa dan kebab yang dibeli kat restoren Turkey. Sesekali aku makan fish burger kat Mcd.

Semasa aku tiba di Budapest. Aku tercari cari restoren halal. Satu pun aku tak jumpa. Yang aku jumpa beberapa restoren China. Walaupun restoren tu ada sediakan nasi tapi aku agak was was. Aku hilang selera bila dalam menu ada benda yang tak halal.

Hari kedua aku di Budapest, satu pagi aku terjumpa satu restoren Indonesia yang tak jauh dari hostel yang aku lepak. Masa tu, restoren tu baru je dibuka. Betul betul buat aku happy.  Café Yogya nama restoren tu. Tak buang masa aku terus masuk. Terus disapa oleh sorang perkerja yang berbangsa Indonesia. ‘ Selamat siang pak, dari ambassador ya ’. Aku jawab ‘ saya tourist dari Malaysia’. Terus pekerja tu beritau yang aku orang kedua dari Malaysia datang kerestoren tu. Yang pertama, sorang staff kedutaan Malaysia di Budapest. Tuan punya restoren tu adalah wanita yang didalam photo. Suami dia berasal dari Hungary.




Selepas berbual sekejap, aku terus mintak menu. Aku order Gado Gado untuk breakfast. Tukang masak bernama Didik yang berasal dari Jawa Tengah. Lelaki yang didalam photo. Dia beritau aku tempat tempat menarik di Budapest. Selepas tu aku selalu ke restoren tu. Breakfast, lunch dan dinner disana selama tiga hari. Sempat aku makan gado gado, nasi goreng dan mee goreng.




Café Yogya adalah restoren Indonesia kedua yang aku jumpa sepanjang pengembaraan aku ke Eropah dari dulu. Yang pertama di Armsterdam. Yang pasti gado gado, soto dan bakso adalah makanan Indonesia yang jadi favourite aku.



4 comments:

Cikgu Jaja™ said...

aku suka melihat cara kau mencari makan jimmy. kikikiki

AieSha said...

ada juga restoran indonesia kan, selera pun tak lari sangat... takda ke restoran malaysia kat sana?

jimmy said...
This comment has been removed by the author.
jimmy said...

tak jumpa lak restoren malaysia kat sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...