Thursday

Kluang Malaya Didinding Gurkha Museum

Semasa aku mengembara ke Nepal. Sempat singgah di Pokhara. Salah satu tempat yang aku lawati di Pokhara adalah Gurkha Memory Museum. Mulanya aku tak berapa minat nak kesana. Bila sorang kawan yang berasal dari Nepal cakap, banyak sejarah tentang Malaysia kat museum tu. Terus datang aku punya minat untuk melawat.


Sampai je kat museum tu, ada beberapa gambar besar didinding. Ada tiga gambar tentang operasi askar Gurkha di Malaya. Dua gambar di Keluang Johor dan satu lagi di Serawak. Kesemua gambar tertulis nama tempat dan negara. Selain gambar operasi di Malaya, terdapat gambar semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Falkland dan operasi di Afghanistan.


Masuk je kedalam museum, kita boleh lihat alat kelengkapan, uniform dan informasi tentang sejarah Askar Gurkha. Dari mula ditubuhkan hingga sekarang. Diluar museum ada satu tugu untuk menperingati jasa askar askar Gurkha yang pernah berperang diserata tempat.




Banyak jugak terdapat gambar gambar semasa askar Gurkha bertugas di Malaya. Satu pasukan yang digelar Queen’s Gurkha Signal pernah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1954. Hanya satu gambar yang buat aku tertanya tanya. Gambar semasa askar Gurkha bertugas di Perak pada tahun 1875. Aku agak, mungkin berperang dengan pengikut pengikut Datok Maharaja Lela. Disebabkan pembunuhan JW Birch, Resident British di Perak waktu tu.




Pepun, aku dapat belajar sesuatu yang baru tentang sejarah negara sendiri semasa melawat museum ni. Museum ni juga sedikit sebanyak memperkenalkan Malaysia kepada pelancung lain. Terima kasih Gurkha Memory Museum.




2 comments:

AndaQue said...

Ada tak terserempak orang tua di mana2 di Pokhara yang fasih berbahasa melayu? Ramai askar gurkh yang berkhdmat di Malaya dulu masih petah bercakap melayu....

Jimmy said...

takde lak terserempak dgn dorang...mungkin ramai yg dah meninggal dunia...kalau budak muda memang ramai yg petah bercakap melayu...mostly dorang penah berkeje di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...