Aku berada tiga hari dua malam di Paris. Satu masa yang suntuk untuk menjelajah seluruh kota Paris. Hari pertama sampai dari Calais dengan train, waktu tu dah hampir senja. Tak sempat nak melawat tempat tempat yang popular. Hanya keluar dikawasan berdekatan hotel aku di St Germain. Budget hotel yang bilik agak sempit tapi selesa dan murah. Hanya ronda ronda, window shopping dan makan malam disebuah restoren Tunisia. Sebelum balik kehotel aku sempat beli sedikit buahan, fresh milk, biscuit dan choc. Esoknya aku dah plan nak pergi ronda ronda ketempat yang telah dikenal pasti. Aku pilih Eiffel Tower, Arc De Triomphe dan Sacre Couer di Montmarte. Tiga tempat yang menjadi simbol kota Paris.
Selepas breakfast ala kadar dibilik hostel. Breakfast dengan buah peach, fresh milk dan choc. Terus ke stesen Metro. Beli tiket untuk satu hari. Metro Paris ada enam lines.Tiket sehari untuk 3 lines berharga 9.60 euro dan 6 lines berharga 19.60 euro. Aku beli yang 6 lines punya. Untuk sampai ke Eiffel Tower aku kena tukar 3 lines untuk sampai ke stesen Champ De Mars Tour Eiffel. Sampai je dekat Eiffel Tower, orang ramai dah mula berpusu pusu datang melawat. Aku berbelah bagi sama ada nak beli tiket atau tidak untuk naik keatas tower. Disebabkan masa tak cukup dan nak save cost. Aku tak jadik untuk naik ketingkat atas. Aku ronda ronda disekeliling tower sambil snap gambar dan selepas tu rilek dikawasan taman yang berdekatan. Aku beli sedikit souviner di gerai berdekatan sebelum beredar. Naik semula metro dan tukar line di stesen Bir Hakeim untuk sampai ke stesen Charles De Gaulle Etolle dimana terletaknya Arc De Triomphe. Monument kedua yang aku akan lawati.
Sampai je di Arc De Triomphe aku tengok tempat tu dan disekeliling dah sesak dengan pelawat. Arc De Triomphe telah dibina pada tahun 1836. Untuk memperingati kejayaan Napoleon menakluki sebahagian benua Eropah. Aku pun ronda ronda keliling monument tu. Tenguk dia punya senibina dan ukiran yang terdapat didinding. Ukiran tentang suasana perang dan nama nama kemenangan perang yang diperolehi oleh Napoleon. Serta nama nama panglima tentera semasa dia berkuasa. Selepas tu aku lepak sambil berihat kat satu bangku dan perhati gelagat pelawat pelawat yang lain. Tak lama aku berada kat situ. Terus kestesen metro menuju ke Sacre Coeur di Montmartre Hill tanpa menukar line. Berhenti distesen Anvers.
Sacre Coeur terletak dipuncak Montmartre Hill. Dari puncak bukit boleh lihat permandangan kota Paris. Satu lagi monument popular yang menjadi simbol kota Paris. Sacre Couer adalah sebuah gereja Catholic. Ada dua cara untuk sampai kepuncak bukit. Berjalan kaki atau naik funiculaire. Aku pilih untuk berjalan kaki. Sampai je kepuncak, ramai pelawat yang sedang santai dan berihat. Kebanyakan duduk ditangga sambil tenguk persembahan seniman jalanan dan permandangan kota Paris. Agak lama aku berihat dan santai disitu. Selepas tu aku turun dari puncak bukit dan ronda ronda untuk mencari restoren halal. Tak jumpa. Dalam kelaparan aku terus naik metro dan kena tukar 3 lines untuk sampai kehotel.
Balik kehotel aku bedal maggie dan sandwich sardin buatan sendiri. Malam tu aku buat perancangan untuk esok atau hari terakhir aku di Paris. Kemana tempat yang patut aku lawati. Akhirnya aku pilih satu tempat untuk bersantai. Disneyland. Tidur awal kerana kepenatan yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment