Sunday

Bratislava Yang Tenang

Bratislava yang terletak ditepi Danube River adalah ibu negara bagi Slovekia. Negara baru dalam Kesatuan Eropah atau EU. Dulu Slovekia sebahagian dari Czech Republic. Berpisah dari Czech Republic pada tahun 1993. Sedang membangun dan masih lagi kelihatan sebuah negara yang miskin dan kurang moden. Kurang pelancung yang datang kesana walaupun cost serba serbi agak terlalu murah. Satu lagi. Orang tempatan agak kurang fasih berbahasa English. 


Aku sampai di Bratislava dengan menaiki bas dari Vienna. Perjalanan yang mengambil masa satu jam. Tiket berharga 6 Euro. Sampai je di stesen bas kat Novy terus aku tanya beberapa orang akan kedudukan City Hostel. Hostel tu agak jauh jugak dengan stesen bas. Dengan pertolongan dari sorang kawan yang aku baru kenal. Aku kesana bersamanya dengan menaiki tram. Hostel tu berada kat area Old Town. Disebabkan murah, aku ambik private room yang hanya berharga 20 Euro. Bilik yang selesa, mempunyai tiga katil dan tv. Aku nak berihat dan bersorangan setelah penat menjelajah Germany dan Austria. Agak kecewa skit, takde line internet atau wifi didalam bilik.


Pengangkutan awan di Bratislava hanya bas dan tram. Disebabkan Bratislava tak terlalu besar. Aku lebih memilih untuk berjalan kaki kesana sini walaupun harga tiket bas dan tram hanya 0.70 Euro. Tempat yang agak jauh skit baru aku naik bas atau tram. Boleh digunakan selama lima belas minit. Kota Bratislava tak lah sibuk mana. Waktu malam suasana kelihatan sepi. Mungkin kurang tempat tempat menarik dan monument bersejarah yang menyebabkan tak ramai pelancung yang datang kesana.





Aku berada dua malam di Bratislava. Hari pertama aku sampai, bersiar siar ditepi Danube River dan singgah kat satu mall yang paling terbesar dan moden. Bersama dengan sorang rakan yang baru aku kenal. Aku dah lupa apa nama mall tu. Masuk kesitu untuk makan kat Mcd dan window shopping. Tak ramai orang kat mall tu walaupun hari Ahad. Jenguk kedai barang barang sukan dan pakaian. Saja nak tengok harga. Memang agak murah tapi aku tak berminat nak beli apa apa. Lepas tu balik ke hostel dan berihat sambil layan TV dan malamnya kawan baru tu datang dan kami berbual bual.. 


Hari kedua aku kuar seawal pagi untuk ronda ronda dan sempat melawat National Theatre, Main Square, Novy Most, Old Town Hall, President Palace dan monument yang paling terkenal, Bratislava Castle. Penat gak mendaki untuk sampai ke Castle tu. Kesemua tempat yang aku pergi tu kelihatan lengang. Entah kenapa tak ramai pelancung dari luar. Malamnya aku tido awal disebabkan kepenatan.


Pagi hari ketiga aku tinggalkan Bratislava. Berjalan kaki dari hostel dalam lima belas minit untuk sampai ke stesen keretapi. Sempat beli sedikit souvenir kat satu kedai distesen keretapi. Bratislava satu kota yang tak sibuk dan beri aku sedikit ketenangan bila berada disana. Dari Bratislava aku menaiki keretapi menuju ke Budapest.


3 comments:

Cikgu Jaja™ said...

xpe jimmy..kdg2 bila xde pelancong yg ramai, membangkit pengalaman dan rasa yg berbeza..

mesti mata jadi lapang..syok nk bergambar n berjalan ke sana ke mari..

apa2 pon hati2 jimmy :)

pelangi sepi said...

seronoknya

jimmy said...

terima kasih...skit je seronoknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...