Di Berlin aku lepak kat Meininger Hostel yang berhampiran dengan Berlin Hauptbahnhof atau Central Railway Station. Jarak hanya dalam seratus meter. Cam selalu, aku akan pilih hostel atau hotel yang berhampiran dengan stesen keretapi. Senang nak bergerak kesana sini. Selepas maghrib aku kuar untuk dinner dan nak carik info tentang perjalanan keretapi ke Vienna. Aku agak berserabut dengan suasana di Berlin. Aku plan nak duduk kat Berlin dalam dua hari je.
Sebelum aku sampai kat pintu masuk Hauptbahnhof, aku telah ditegur oleh sorang awek. Dibelakang dia ada satu meja dan kerusi. Diatas meja penuh dengan buku buku yang bertajuk dalam bahasa German. Terus dia tanya dalam English, aku berasal dari mana dan faham ke tak dengan bahasa German. Aku kata aku berasal dari Malaysia dan hanya faham dengan English je. Tak jadi dia nak jual buku dia kat aku disebabkan aku tak faham bahasa German.
Langsung dia bercerita tentang suasana politik antarabangsa ketika ini. Perang dunia ketiga bila bila masa akan berlaku. USA akan serang Iran dan Russia akan serang Turki. Terus bercerita tentang keburukan media massa antarabangsa. Selalu siarkan atau burukkan sesuatu negara. Biasalah katanya, kalau dah tak suka, berita yang tak baik je yang disiarkan. Yang baik dilupakan. Dia terangkan lagi tentang suasana ekonomi dunia sekarang ni. Dikuasai oleh USA dan Britian. Dia mengaku yang dia dari satu kumpulan activist yang berhaluan kiri. Lama gak dia ceramah kat aku. Macam macam topik politik. Aku dengar dan sesekali aku anggukkan je.Mengigil badan aku menahan kesejukan masa tu. Kata kata dia memang berisi dan bernas.
Tiba tiba dia tanya aku satu soalan yang agak mengejutkan aku. Suka ke tak dengan Dr Mahathir. Aku ingat dia tak tau sangat tentang Malaysia. Bila aku kata aku suka dengan Dr Mahathir, terus dia puji macam macam tentang bekas PM tu. Cerdik dan berani. Dia kagum dengan Malaysia. Selepas tu kita orang berbual pasal backpacking dan dia bercerita tentang diri dia. Nama dia Adina dan lulusan dari sebuah university di Romania. Dia tanya latar belakang aku.Terus kita orang berbual tentang pengalaman mengembara dan career masing masing. Aku tanya tempat tempat menarik di Berlin untuk aku lawati esoknya. Langsung dia bercerita tentang Berlin dan German dengan panjang lebar.
Sebelum berpisah dia bagi aku satu DVD sebagai souvenir dan nama website group dia. Sempat dia berpesan, jangan lupa letakkan nama website group dia kat blog aku ni. Website dia adalah LaRouchePAC.com. Pepun, satu pengalaman luar biasa yang aku dapat semasa di Berlin. Dengar ceramah politik dari sorang awek.
4 comments:
wow..bukan sembarangn otak boleh ckp pasal politik,,jaja sendiri xberani nak ckp hal politics even dlm mukim kg sendiri..hehe
Salam,
Jimmy..heheh..dasyat kan klu org tu mmg betoi2 minat dengan politik ni..tp aku tertarik pada soalan " suka ke x dengan Tun Dr Mahathir tu"..apa yg org tu citer??
Salam..
Melawat Followers Mr Coll & Mrs Kepoh..Selamat majujaya
salam semua...terima kasih dgn komen korang...saya kurang minat berpolitik...awek tu kata Dr M suka dgn grop dorang...selalu baca website dorang...tak tau btul ke tak.
Post a Comment