Saturday

Merdeka Dan Lagu Get It Started




Semalam Hari Kemerdekaan bagi Malaysia. Semasa aku berihat bersorangan didalam bilik , aku on satu siaran radio tempatan yang agak terkenal di negara Teluk. Layan lagu2 mat saleh yang agak latest dan popular. Bukan apa, untuk hilangkan kesepian. Tepat pukul lapan malam, musik dihentikan dan berita keudara. Salah satu berita yang disiarkan adalah, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan hari ini. Disebut Emir negara disini mengucap tahniah kepada Yang Dipertuan Agung.

Selepas berita tamat, siaran untuk lagu2 diteruskan. Agak bangga bila aku dengar lagu Get It Started dimainkan. Salah satu lagu yang agak hits dan popular sekarang ni. Nyanyian Pitbull dan Shakira. Nama Malaysia disebut dalam lirik lagu tu.

Dua hal yang mempromosi atau memperkenalkan Malaysia.

Aku rindu padamu Malaysia.

2 comments:

just.HY said...

bro, jangan balik lagi. tggu aku sampai sana dlu. kekek

Jimmy said...

jangan suruh tunggu lelama bro...dah tak lama lagi nak balik....windu kampong hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...