Thursday

Seville Satu Persinggahan - 1


Sebelum pada ni aku ada buat satu entry atau post pendek tentang Seville Spain. Aku ada tulis yang aku akankan ceritakan lebih lanjut lagi tentang tempat tempat menarik di Seville yang sempat aku lawati.



Aku menaiki bas malam dari Lisbon Portugal ke Seville. Perjalanan hampir lapan jam dan tiba di Seville pukul enam pagi. Destinasi pertama aku dalam siri pengembaraan ke Andalusia. Aku hanya ada lapan jam saja untuk menjelajah kota Seviile disebabkan kesuntukan masa. Petangnya aku terpaksa bertolak ke Cordoba. Satu pengembaraan yang amat memenatkan. Siang ronda ronda ditempat persinggahan dan di waktu malam meneruskan perjalanan kedestinasi lain dengan bas atau keretapi.




Disebabkan kesuntukan masa, aku hanya sempat melawat ke beberapa tempat saja. Yang paling popular dan menjadi tumpuan pelancung luar. Salah satunya adalah Plaza De Espana yang terletak di Maria Luisa Park. Hanya berjalan kaki untuk kesana. Waktu tu awal pagi, masih lagi tak kelihaatan ramai pelawat.




Plaza De Espana memang satu bangunan yang cantik.  Salah satu ikon kota Seville. Bangunan tiga tingkat. Ditingkat atas dijadikan pejabat pejabat kerajaan. Terdapat satu terusan disekeliling bangunan. Disediakan bot untuk ronda ronda. Bayaran agak mahal. 35 euro satu bot untuk empat orang. Masa hanya setengah jam. Diluar kemampuan aku. Tak lama aku berada disana, dalam satu jam. Diseberang jalan ada satu taman yang dikenali Maria Luisa Park. Dipenuhi dengan pokok pokok, bunga pelbagai jenis dan kolam.




Kalau nak tahu lebih detail lagi tentang Plaza De Espana, carilah website yang berkaitan.

5 comments:

Faith said...
This comment has been removed by the author.
Jimmy said...

thank for the comment...rugi kalau tak pergi ke andalusia...boleh tengok sejarah islam zaman kegemilangan beratus ratus tahun dulu.

Faith said...

itulah kan.. rugi I tak explore spain dulu.. mungkin masa pergi tu tak terpikir pun pasal Andalusia.. i shd..

Entah bila boleh ulang lagi ke sana kan..

Cikgu Jaja™ said...

jimmy!!! jaja datangggg... de espana??? wow wow wow nakk g jugakkk

Jimmy said...

faith,

peluang tu kan tetap ada...janji usaha.

jaja,

salam...pergi jangan tak pergi...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...