Wednesday

Tiga isteri tiga ugama

Dalam pengembaraan aku ke India, aku sempat singgah di Fatehpur Sikri dekat Uttar Pradesh. Yang didirikan oleh Akbar the Great. Salah sorang maharaja Moghul yang gagah di abad ke enam belas. Aku agak tertarik dengan kisah Akbar yang mempunyai tiga orang isteri berlainan ugama. Islam, Hindu dan Christian. Kisah cinta dia dengan isterinya yang berugama Hindu telah difilemkan. Filem tu mengisahkan bagaimana Akbar memujuk isterinya tu untuk memeluk Islam dengan rela hati. Lepas isterinya tu masuk Islam, baru lah mereka bersatu.

Walaupun Akbar mempunyai tiga orang isteri, semuanya tak mampu memberi zuriat atau melahirkan anak.Maka Akbar pun pegi berjumpa dengan sorang ahli sufi bernama Sheikh Salim Chist untuk mendapat nasihat. Ahli sufi tu hanya menyuruh Akbar bersabar dan ada cakap yang Akbar akan mendapat sorang anak lelaki tak lama lagi. Beberapa bulan selepas tu, isterinya yang dulunya berugama Hindu mengandung. Lahirlah sorang putera, diberi nama Salim. Lebih dikenali dengan nama Jahangir. Ayah kenapa Shah Jehan yang membina Taj Mahal.

Atas nasihat ahli sufi tu, Akbar mendiri satu komplek baru untuk pusat pemerintahannya. Diberi nama Fatehpur Sikri. Dia hanya sempat tinggal di Fatehpur  Sikri beberapa tahun je disebabkan kekurangan air dikawasan tersebut. Pepun, aku agak boring atau kurang selesa,bila melawat tempat tu. Banyak sangat penjaja yang menjual souviner dan pengemis. Tau je kita ni pelancung luar, asyik ikut je kemana kita pegi. Nak suruh beli barang2 dorang. Hanya satu barang je yang buat aku tertarik hati nak beli. Kitab Kamasutra. Dah habis aku baca isi kitab tu, tapi belum pratikkan lagi. Belum kawen lagi. Mana bleh buat pratikal hehehe.

5 comments:

Cikgu Jaja™ said...

xpe..ilmu.. :)

pengembala masa said...

ni buat aku x sbr pegi india..

Jimmy said...

bila nak pegi tu...:)

pengembala masa said...

betul la bro.. hardcore jgk pengemis dekat fatehpur sikri ni.. papepun buland darwaza mmg oh-sem..

Jimmy said...

byk india byk peminta sedekah...boring je...aku bukan jenis kaya nak bagi duit hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...