Tuesday

Awek Dan Kasut Yahudi Di Danube River

Semasa aku mengembara empat hari ke Budapest. Aku lepak kat satu hostel yang berhampiran dengan Danube River. Setiap petang aku akan santai atau ronda ronda ditepian sungai. Sambil melihat bot bot dan ferry yang berlabuh dijetty. Satu petang tu aku berjalan agak jauh sikit. Terjumpa deretan kasut kasut lama tersusun dilaluan pejalan kaki. Tertanya tanya dalam hati apa tujuan dorang letakkan susunan kasut tu. Satu seni ke.


Aku pun belek kasut kasut tu semua. Semuanya diperbuat dari besi. Kalau tengok dari jauh memang kelihatan macam kasut yang diperbuat dari kulit. Hanya karat yang kelihatan baru perasan yang kasut tu diperbuat dari besi kalau tak diperhati betul betul. Persoalan aku kenapa deretan kasut tu diletakkan disitu masih tak terjawab.


Selepas tu aku rilek kat satu bangku yang berhampiran dengan deretan kasut kasut tu. Tiba tiba datang sorang awek berbasikal duduk disebelah aku. Terus dia tegur aku sambil buka dia punya bag. Dia keluarkan roti dan air. Dia tanya aku berasal dari mana dan beritau yang dia baru je balik dari kerja. Berkerja sebagai chef disebuah hotel.Dia singgah sekejap di tepi sungai sebelum balik kerumah. Kita orang  terus berbual tentang travel dan hobi masing masing sambil dia makan roti.



Terus aku bertanya tentang deretan kasut kasut tu. Rupanya deretan kasut tu adalah kasut kasut orang orang yahudi yang dibunuh masa Perang Dunia Kedua dulu. Mangsa kekejaman tentera tentera German. Deretan kasut tu dibuat sebagai peringatan untuk mangsa mangsa pembunuhan tersebut.

Tengah rancak berbual. Awek tu tanya aku. Aku lepak kat hostel mana. Aku cakap yang aku lepak kat satu hostel berhampiran dengan gereja St. Stephen Basilica. Terus dia tanya aku lagi. Dah masuk kedalam gereja tu ke. Aku cakap aku tak berminat nak masuk sebab aku orang Islam. Bila dengar je jawapan dari aku, dia agak terkejut. Mengeluh sambil pegang pegang kepala. Agaknya dia tak sangka dan kecewa yang aku ni sorang Muslim. Terus kita orang berhenti berbual dan dia mintak diri untuk beredar. Mungkin mood dia nak berbual dah hilang.

Selepas awek tu belah, aku tertanya tanya dalam hati. Adakah dia sorang yahudi. Satu persoalan yang sampai sekarang tak terjawab. Satu lagi pengalaman yang aku dapat. Pengalaman sebagai sorang backpacker.



5 comments:

norh said...

tentunya pengalaman yang tak boleh dibeli kan..he he

AndaQue said...

Jauh perjalanan luas pandangan....

masMZ KaKiJaLaN said...

menarik! kasut pun boleh jadi peringatan....

i'm new to ur blog, tapi dah tertarikh nih... hehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

*tertarik (hahaha padah buat keje sambil selang baca blog!)

Jimmy said...

Norh dan AndaQue,

Memang pengalaman tak bleh dibeli dan luas perjalanan luas lah pandangan dan byk pengalaman yg dapat...:)

MasMZ,

selamat datang ke blog saya...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...