Sebelum ni aku aku ada post tentang Kota Roman di Bosra Syria. Yang mana aku telah ceritakan perjalanan dan pengalaman aku disana.
|
Kota Roman Di Bosra |
Aku bermalam dirumah taxi driver yang dah jadik sahabat atas pelawaan dia. Selepas makan malam sambil layan shisha, dia menceritakan banyak sejarah tentang kota Bosra. Salah satu yang dia ceritakan. Ada sebuah masjid lama di Bosra yang pernah disinggahi oleh Rasulullah dan terdapat kesan tapak kakinya. Masjid tu telah tidak digunakan lagi. Masjid yang diberi nama Al Mabrak An Naka. Dibina selepas Bosra ditawan oleh tentera Islam dibawah pimpinan Khalid Al Walid. Terus datang keinginan aku untuk melawat esoknya.
|
Hidangan Makan Malam |
Pagi tu selepas aku melawat kedalam Kota Roman dan museum didalamnya. Aku terus ke masjid Al Mabrak An Naka. Dari jauh dah kelihatan kubah masjid yang berwarna kuning. Terus sahabat aku tu menuju kesebuah rumah yang berdekatan. Rumah penjaga masjid.
|
Masjid Mabrak An Naka |
|
Papan Tanda DiPintu Masuk |
Setelah masjid tu dibukakan oleh penjaga. Terharu aku bila melihat keadaan didalamnya. Macam tak terbela atau dijaga. Terus penjaga tu tunjukkan kesan tapak kaki Rasulullah dilantai berhampiran dengan mihrab masjid. Penjaga tu memberi penerangan tentang sejarah masjid tu dalam bahasa Arab sambil menunjuk beberapa ayat Quran didinding masjid. Tak lama aku berada didalam masjid. Mungkin tak ada yang ingin dilihat lagi. Masjid yang dah kosong.
1 comment:
Masjid yang sudah tidak berfungsi lagi lah ni... sayangnya jika benar apa yang dikatakan masjid ini tak terbela dan dijaga....sayang kerana sejarah masjid ini terus dibiar luput sedikit demi sedikit dari ingatan masyarakat setempat. Jika di promosi dengan baik, sudah tentu masjid ini boleh menjadi tumpuan pelancung islam seluruh dunia kan....Tidak ramai yang berkesempatan melawat masjid ini...
Post a Comment