Sunday

Naik Siklo ke Buda Hill

Danube River mengalir ditengah kota Budapest. Disebelah kiri sungat tersebut terletak daerah Buda. Disebelah kanan pulak adalah daerah Pest. Bila dua daerah ini bersatu, maka dinamakan Budapest. Buda terletak diatas bukit. Pernah dijajah oleh kerajaan Islam Ottomon selama beberapa ratus tahun. Banyak monument bersejarah yang boleh dilawati. Yang paling terkenal adalah Buda Castle atau Royal Palace, Matthias Church, Fishermen’s Bastion dan lelain lagi. Agak hairan, takde peninggalan monument kerajaan Islam.Tidak saperti di Portugal atau Spain. Ada beberapa jambatan yang menghubungkan kedua dua daerah ini. Paling terkenal dan cantik adalah Chain Bridge.
Buda Diwaktu Senja
Danube River
Kawasan Buda Di Tepi Danube River
Permandangan Royal Palace Dari Pest
Hari kedua aku sampai di Budapest sempat aku meyeberangi Danube River dan ronda ronda kat area Buda yang berada ditepi Danube River. Tapi takde kesempatan untuk naik ke Buda Hill. Aku banyak berjalan jalan di area Pest. Hanya hari ketiga baru aku pergi ke Buda Hill. Untuk sampai kepuncak Buda Hill ada beberapa cara. Berjalan kaki, menaiki bas dan siklo. Aku pilih menaiki siklo untuk sampai kepuncak bukit. Siklo tu saperti didalam photo. Bayaran sekali naik ya lah 900 HUF atau lebih kurang 3 Euro.

Permandangan Pest Dari Buda
Permandangan Buda Dari Pest
Stesen Skilo
Gerabak Skilo
Sampai je kat puncak bukit, aku terus melangkah untuk ronda ronda ke kawasan Fisherment’s Bastion. Dalam perjalanan aku dapat tengok guard change ceremony kat satu bangunan. President's House. Upacara tu agak menarik. Ramai gak pelancung lain bersama aku masa tu.

Bangunan Lama Di Buda Hill
President's House
Upacara Tukar Pengawal

Selepas tu aku terus ke Fisherment’s Bastion melalui Matthias Church. Lepak sekejap kat Fisherment’s Bastion. Sambil tengok permandangan indah disebelah Pest. Setelah berihat hampir satu jam aku terus ronda ronda di satu kawasan kedai kedai. Berhenti sekejap kat kedai souviner. Jenguk  apa souviner yang patut untuk dibeli. Sempat beli fridge magnet kat situ. Terus ke Royal Palace.
Matthias Church
Fishermen's Bastion
Tugu Dikawasan Fisherment's Bastion
Parliment House Di Pest
Chain Bridge
Salji Di Royal Palace
Jalan Menuruni Buda Hill
Beberapa jam setelah aku ronda ronda di Buda Hill dalam kesejukan. Mengigil badan waktu tu. Aku pun beredar untuk balik ke Pest. Pelahan lahan aku turun dengan berjalan kaki. Perjalanan menuruni bukit yang agak curam dan jalan dipenuhi dengan salji. Meninggalkan Buda Hill dengan penuh kenangan.




2 comments:

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

salam sahabat hehe..
sihat ke

Jimmy said...

salam mr cool...saya sihat je...harap mr cool camtu gak...moga ceria selalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...