Ada dua cara untuk ke Toledo dari Madrid. Bas atau keretapi laju. Aku pilih naik bas disebabkan tiket agak murah. Naik bas hanya 8.50 euro pergi balik. Kalau naik keretapi laju, 10 euro satu perjalanan.
Dalam pukul 10 pagi dari hotel aku yang terletak di Gran Via, aku naik metro ke Plaza Eliptica. Plaza Eliptica adalah stesen bas untuk ke Toledo. Jadual bas dari Madrid ke Toledo setiap setengah jam sekali. Perjalanan mengambil masa kurang lebih satu jam.
Sampai je kat kat stesen bas Toledo atau Plaza Zocodover. Aku terus tengok satu peta besar Toledo kat luar stesen. Carik kat mana lokasi Tourist Information Centre. Aku ambik teksi dan terus ke Tourist Information Centre. Tambang hanya tiga euro. Rupanya dalam satu kilometer je jarak. Hanya terletak dikaki bukit.Terus dapatkan info tentang Toledo dari staff yang bertugas. Aku diberi layanan yang mesra oleh mereka.
Aku terus bergerak menuju ke Mezquita Cristo De La Luz atau masjid lama dipuncak bukit. Monument utama yang aku teringin sangat nak lawati. Dalam perjalanan aku singgah dibeberapa bangunan lama. Alcazar, Puerta De Bisagra dan Santiago Del Arrabal. Kota yang dibina dan diduduki oleh orang orang Islam semasa kegemilangan Kerajaan Islam Granada. Banyak terdapat bangunan yang bercirikan seni bina Islam. Sampai dipuncak bukit aku singgah sekejap di Puerta Dei Sol. Ambik gambar kawasan disekeliling. Selepas tu aku teruskan perjalanan dan sedar tak sedar dah sampai ke pusat bandar. Berihat sekejap di satu restoren.Selepas tu ronda ronda dikawasan pusat bandar. Singgah di kedai souviner dan beli t shirt dan beberapa barang lain.
Agak lama jugak aku lepak kat pusat bandar. Berihat sambil melepaskan penat. Selepas tu aku mendaki semula kepuncak bukit untuk pulang sambil mencari masjid lama atau Mezquita Cristo De La Luz yang aku tertinggal sebelum sampai kepusat bandar. Setelah bertanya dengan beberapa orang baru aku tahu akan lokasi masjid tu. Rupanya disebelah Puerta Dei Sol. Setelah melawat kedalam bekas masjid yang dibina pada abad ke 10. Aku terus menuruni bukit menuju ke Plaza Zocodover atau stesen bas. Aku meninggalkan Toledo waktu senja untuk pulang semula ke Madrid. Seharian aku di Toledo. Meninggalkan Toledo bersama kenangan manis walaupun terasa kepenatan yang amat sangat.
4 comments:
Haa.. baru semalamdalam TV Al Hijrah dokumentari tentang sejarah dan keagungan pemerentahan Islam di Spanyol.... Bila tonton teringat castle yang awak tulis tu.
Rasanya kalau pemerintahan islam masih utuh maybe Spanyol akan jadi mcm Morocco kan . Maksud saya suasana kehidupan masyarakat tu...
saya penah mengembara ke Morocco...jauh beda dgn Islam kat Sepanyol...Morocco nmpk cam mundur dan miskin...pepun, Morocco memang cantik...nak lak kat area Mount Atlas kat Marrakech.
moga dapat jejak sini suatu hari nanti..
moga impian anda tercapai...:)
Post a Comment