Wednesday

Terpesona Dengan Agha Sophia Di Istanbul

Selain Blue Mosque, ada lagi satu monument yang paling terkenal di Istanbul. Monument Agha Sophia. Kedua dua monument ni terletak berdekatan antara satu sama lain di Sulten Ahmed. Bahkan reka bentuk Blue Mosque diambil dari reka bentuk Agha Sophia.




Agha Sophia adalah sebuah gereja atau church yang dibina pada tahun 532. Dibina oleh Emperor Justinian dizaman kerajaan Rom Byzantine. Menjadi gereja yang terbesar didunia selama seribu tahun sebelum Seville Cathedral Spain didirikan pada tahun 1520. Constantinople ditawan oleh tentera Islam Ottomon pada tahun 1453 dibawah pimpinan Sultan Mehmed kedua. Constantinople ditukar nama kepada Istanbul. Agha Sophia terus ditukarkan menjadi masjid dan diberi nama Aya Sofya Mosque tiga hari selepas ditawan oleh tentera Islam. Pada tahun 1935 bertukar menjadi sebuah museum. Menjadi salah satu monument yang terkenal didunia.




Masuk kedalam Agha Sophia dikenakan tiket. Harga tiket lebih kurang dalam 15 euro. Turki mengunakan mata wang sendiri  iaitu Lira. Tapi mata wang Euro masih boleh diterima. Memang Agha Sophia menjadi tumpuan pelancung luar. 



Terpegun aku melihat keindahan didalamnya. Banyak seni ukir yang luarbiasa dan cantik. Didalam terdapat beberapa pusara bekas pemerintah kerajaan Byzantine. Didinding bangunan boleh lihat lukisan gambar Mariam dan Nabi Isa atau Jesus. Juga terdapat ukiran ukiran ayat ayat Quran. Mimbar semasa Agha Sophia dijadikan masjid masih ada dan utuh lagi.



Agha Sophia satu museum yang unik. Museum yang memperlihatkan seni dan sejarah dua ugama. Museum yang pernah dijadikan gereja dan masjid.



2 comments:

Azizan Zolkipli said...

15 Euro untuk bayaran masuk ? Wowww, mahal juga ekk ... Wakjan tak kisah kalau boleh bawa kamera ke dalam, tapi kalau kamera tidak dibenarkan rasa agak ralat lah juga ...

Oooo, baru saya tahu yang ianya asal sebuah gereja. Ingatkan asalnya sebuah masjid yang dijadikan gereja.

Tapi yang bestnya, kedua2 elemen keagamaan boleh berada sekali pada satu2 masa kan ... mana lagi nak cari bangunan camni yang boleh berharmoni sekali 2 kepercayaan ...

azam ! mesti mau jejakkan kaki di sini juga nanti ...

Jimmy said...

byk pelancung luar...tu pasal mahal agaknya...camera boleh bawak dan snap pic...istanbul memang cantik...harap impian wak kesana akan tercapai gak satu hari nanti...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...