Agak terkejut bila diberitau ada castle yang terletak dipuncak bukit. Castle yang dibina oleh orang Islam pada kurun kesembilan. Diberi nama Castelo Mouros. Dari stesen keretapi Sintra aku terus naik bas ke Pena. Selepas melawat Palacio Da Pena, aku menaiki bas lagi untuk pergi ke Castelo Mouros.
Dari tepi jalan tempat bas berhenti kena mendaki puncak bukit untuk sampai ke Castelo Mouros. Lenguh jugak kaki untuk sampai. Kawasan sekeliling dipenuhi dengan hutan. Dalam setengah jam berjalan kaki, baru sampai ke Castelo Mouros.
Terpegun aku bila tengok Castelo Mouros. Terpikir betapa susahnya nak buat castle tu. Terdapat kerja kerja baik pulih sedang dilakukan. Mungkin sebelum ni, castle tu terbiar. Tersentuh hati aku bila melihat bendera Islam dengan tulisan Arab berkibar disitu. Tujuan bendera tu dipasang untuk menhormati orang Islam yang membinanya.
Aku dah melawat banyak castle diserata tempat. Castelo Mouros buat hati aku tersentuh bila melihatnya. Terkenang akan keagungan Islam satu masa dulu.
2 comments:
Tentu azan berkumandang megah di sana suatu waktu dulu kan. Maybe castle tu skrg dah jadi muzium kut....
rasa cam tu lah...byk bangunan kat castle tu dah dimusnahkan...castle tu sekarang dah jadik monument UNESCO...tengah dibaik pulih.
Post a Comment