Aku menuju ke Ljubljana Slovekia dari Budapest Hungary dengan menaiki keretapi. Bertolak pukul 12 tengah hari dari Deli Railway Station dan sampai ke Ljubljana pada pukul 10 malam. Ada sedikit masaalah semasa dalam perjalanan. Masa sampai dekat sempadan Slovenia, keretapi berhenti dan pihak polis buat pemeriksaan. Semua penumpang dikehendaki tunjukkan dorang punya document. Kad pengenalan atau passport. Untuk pengetahuan, Slovenia dulu adalah bekas jajahan Yugoslavia atau Serbia. Berpisah dari Serbia bersama Bosnia, Montenegro dan Croatia pada tahun sembilan puluhan dulu.
|
Deli Railway Station Budapest |
Bila dua orang polis datang dan mintak passport aku. Dorang pun belek passport aku banyak kali. Mula tanya aku banyak soalan. Apa tujuan aku datang ke Slovenia dan tinggal dimana bila sampai ke Ljubjlana nanti. Aku pun cakap, aku ni sorang tourist dan akan lepak kat Celica Hostel. Dia suruh aku tunggu sekejap dan aku dengar dia bercakap dengan sesorang melalui walkie talkie. Dalam bahasa yang aku tak faham.Aku dengar dua tiga kali dia ada sebut nama Malaysia. Lepas tu dia beredar dan bawak aku punya passport sekali. Suspen je aku masa tu. Lebih kurang lima minit selepas tu dia datang semula. Hulur passport aku dan berkata, ‘ Welcome to Slovenia and enjoy yourself ’ dengan senyuman. Mungkin dorang dah sahkan yang aku ni bukan sorang terrorist dan Malaysian boleh masuk Slovenia tanpa visa.
|
Ljubljana Railway Station |
Sampai je kat stesen keretapi Ljubljana aku terus tanya kat sorang lelaki. Arah ke Celica Hostel. Dia bawak aku kuar dari stesen dan tunjukkan satu traffic light yang tak jauh dari situ. Dia suruh aku belok kiri selepas traffic light tu dan akan nampak hostel yang tak jauh dari situ. Bila sampai je kat reception hostel, aku terus mintak satu bilik dorm. Receptionist tu kata, yang kosong hanya dorm empat orang dan private room. Esoknya baru dorm lapan orang ada kosong. Pukul tiga petang baru boleh masuk. Beda harga tak lah jauh sangat. Dorm empat orang 20 euro dan dorm lapan orang 19 euro. Breakfast disediakan dengan percuma.
|
Hostel Entrance |
|
Hostel Signboard |
Bangunan Celica Hostel adalah bekas penjara tentera. Dibina pada tahun 1882 oleh tentera Austro Hungarian. Digunakan sebagai penjara tentera sehingga tahun 1991. Bila tamatnya penjajahan Serbia atau Slovenia merdeka. Diubah suai sebagai hostel dan dibuka pada tahun 1993. Bilik bilik hostel masih lagi kelihatan macam sel sel penjara. Satu hostel yang amat popular bagi backpacker dari seluruh dunia. Satu hostel yang agak unik. Service dorang memang terbaek. Banyak kemudahan disediakan. Macam wifi, kitchen, self service laundry, sewa kereta dan basikal, tour trip dan lelain lagi.
|
Reception |
|
Hostel Ground Floor |
Selepas register, dengan tak buang masa aku ambik kunci dan terus ke dorm untuk empat orang. Plan memang nak mandi dan terus tido. Betul betul penat masa tu. Lagi pun dah pukul sebelas malam. Bila masuk je kedalam dorm, terkejut aku. Ada sorang awek tengah tido. Hanya memakai bra dan berselimut. Dua lagi katil kosong tapi ada pakaian dan kasut perempuan kat katil tu. Serba salah dan gelisah aku. Seram pun ya gak.Terpaksa tidur dengan tiga awek dalam satu bilik. Pengalaman pertama. Aku tak tau sama ada tu adalah satu kenangan manis atau masam. Tido dengan awek tanpa rela.
|
Dorm 8 Beds |
|
Dinig Hall |
Dalam pukul lima pagi aku dah terjaga. Bukan sengaja aku nak bangun awal. Waktu disana ,dua jam lewat dari waktu dipadang pasir yang aku duduk sekarang ni. Bila bangun je, aku perhati sekeliling. Sah, tiga katil lain semuanya awek. Dorang semua tengah tido lena waktu tu. Terus aku masuk bilik air, gosok gigi dan dan mandi kat muka je. Angkat bag dan terus keluar dari bilik. Lega. Nasib baik aku tak diapa apakan oleh awek tu semua malam tu. Sampai je kat reception, aku pulangkan kunci dan letak bag kat luggage room. Aku beritau kat receptionist, pukul tiga petang aku akan balik semula dan duduk kat dorm lapan orang punya.
Malam tu dan malam seterusnya aku tido kat dorm lapan orang dengan tiga backpacker lelaki lain. Tak ada lagi awek. Tido lena tanpa resah gelisah dan ketakutan.
7 comments:
Enjoy lah.....
Hehehe..pengalaman!!!nasib baik tidak diapa2kan..tp klu kt Malaysia kena tgkap basah la plak kot..heheh..
untung betul kau jimmy... syok kalau dapat pengalaman macam kau ni...
terima kasih kerana sudi komen...biasa je...tak lah untung mana pun hehehe...pepun, satu pengalaman untuk saya.
Bestnya cerita ni semua... BTW saya ada pengalaman tidur backpackers ni jugak, mula-mula gigih nak tidur katil bawah, tapi tiba2 takut hahahaha... nnt kena apa-apa ke camne? ;p... So tukar naik atas... hihi
ok gak tu...berhati hati seblum diapa apakan...:)
Post a Comment