Wednesday

Mana pergi postcard aku


Pagi tadi aku dapat satu sms dari Ajis, sorang sepupu dari tanah air. ‘ Mana lu punya postcard dari gunung Himalaya. Betul ke lu ada antar. Kalau nak tipu pun, benda lain la beb ‘ Geram je bila aku baca sms cam sial tu. Mula la nak maki hamun pejabat pos dan postman yang uruskan postcard aku tu. Kes postcard tak sampai kat penerima dah banyak kali aku kena. Apa dia punya masaalah aku pun tak tau. Btul2 buat aku kecewa. Memang setiap kali aku mengembara kemana mana, aku tak akan lupa kirim postcard kat sesiapa yang rapat dengan aku. Tanda ingatan aku kat dorang walau dimana pun aku travel diluar negara. Yang buat aku heran skit, ada masa satu postcard pun tak sampai ke penerima. Setengah tu pulak, separuh je yang sampai. Aku pun tak tau, kemana pergi postcard yang tak diterima tu. Kena songlap ditengah jalan atau kat mail box ke apa. 

Dua bulan lepas aku ada mengembara ke dua buah negara di asia selatan. Sempat hantar beberapa keping postcard ke tanah air. Sampai sekarang postcard tu tak sampai. Tiga bulan seblum tu aku ada menjelajah kebeberapa negara di Europe dan Africa utara, banyak gak postcard aku yang tak sampai kepenerima. Dah banyak kali benda ni jadik. Pernah gak aku hantar beberapa postcard dari Beirut dan Damascus. Yang herannya, sorang je yang terima postcard tu. Entahlah. Kesian pada sesiapa yang tertunggu tunggu postcard yang aku dah kirimkan. Cam tunggu bulan yang tak jatuh2.

Tiga isteri tiga ugama

Dalam pengembaraan aku ke India, aku sempat singgah di Fatehpur Sikri dekat Uttar Pradesh. Yang didirikan oleh Akbar the Great. Salah sorang maharaja Moghul yang gagah di abad ke enam belas. Aku agak tertarik dengan kisah Akbar yang mempunyai tiga orang isteri berlainan ugama. Islam, Hindu dan Christian. Kisah cinta dia dengan isterinya yang berugama Hindu telah difilemkan. Filem tu mengisahkan bagaimana Akbar memujuk isterinya tu untuk memeluk Islam dengan rela hati. Lepas isterinya tu masuk Islam, baru lah mereka bersatu.

Walaupun Akbar mempunyai tiga orang isteri, semuanya tak mampu memberi zuriat atau melahirkan anak.Maka Akbar pun pegi berjumpa dengan sorang ahli sufi bernama Sheikh Salim Chist untuk mendapat nasihat. Ahli sufi tu hanya menyuruh Akbar bersabar dan ada cakap yang Akbar akan mendapat sorang anak lelaki tak lama lagi. Beberapa bulan selepas tu, isterinya yang dulunya berugama Hindu mengandung. Lahirlah sorang putera, diberi nama Salim. Lebih dikenali dengan nama Jahangir. Ayah kenapa Shah Jehan yang membina Taj Mahal.

Atas nasihat ahli sufi tu, Akbar mendiri satu komplek baru untuk pusat pemerintahannya. Diberi nama Fatehpur Sikri. Dia hanya sempat tinggal di Fatehpur  Sikri beberapa tahun je disebabkan kekurangan air dikawasan tersebut. Pepun, aku agak boring atau kurang selesa,bila melawat tempat tu. Banyak sangat penjaja yang menjual souviner dan pengemis. Tau je kita ni pelancung luar, asyik ikut je kemana kita pegi. Nak suruh beli barang2 dorang. Hanya satu barang je yang buat aku tertarik hati nak beli. Kitab Kamasutra. Dah habis aku baca isi kitab tu, tapi belum pratikkan lagi. Belum kawen lagi. Mana bleh buat pratikal hehehe.

Kehangatan rindu dimusim dingin


Malam tadi hujan turun dengan lebat. Aku tak sedar pun, btul2 tido mati. Dua lima menjak ni, aku asyik tido awal. Pagi ni cuaca btul2 sejuk, mengigil badan bila dihembus oleh angin musim dingin. Walau pun tubuh dicengkam oleh kedinginan tapi jiwa aku tetap hangat. Diselimuti oleh kehangatan jutaan rindu. Rindu itu dan ini. Pastinya, rindu dengan tanah air dan orang tersayang. Dah empat tahun aku tak pulang ke tanah air. Dan dah tentu rindu aku ni tak terhitung. Penuh dengan dendam. Rindu nak tengok selat Tebrau. Rindu nak makan masakan kegemaran aku. Dah tentu, lontong, soto, nasi ambang, asam pedas dan lelain. Satu perkara lagi yang aku terindu rindu, rindu nak dating dengan gadis melayu. Buat masa ni, yang aku hanya mampu, berangan je la. Tak dapat aku bayangkan kalau aku dating dengan awek bila aku pulang ke tanah air nanti. Takut je aku berubah sikap. Tak boleh nak controlkan diri aku. Mula la jadik gelojos je hehehe...

Tuesday

Rupanya dia sorang pelacur

Aku pilih Athen sebagai salah satu destinasi pengembaraan disaat akhir. Tak ada langsung buat homework. Main redah je. Sepatutnya aku bercuti ke Rome, disebabkan flight ticket dah abis, terpaksa la Athen jadik pilihan. Sampai je kat Athen Airport aku ambik bas untuk kepusat bandar.Masa tu waktu dah petang. Bas punya last stop kat Syntagma Square. Terus aku beli map Athen kat satu kedai buku didepan Metro station. Masa dalam bas tadi, aku dok sebelah sorang awek backpacker dari German. Tak la berapa cun sangat. Dia dah book hostel kat area Omonoia dan ajak aku kesana untuk aku carik hostel. Dari station Syntagma terus naik metro ke Omonoia. Sampai je kat Omonoia kami berpisah dan aku mula ronda2 carik hotel. Memang banyak hotel kat area situ. Terkejut aku dengan keadaan kat situ. Masa aku ronda2 tu, ada dua orang awek gypsy goda aku dengan kenyit2 mata. Aku buat tak tau je. Dalam hati berkata, ahhh, ayam la tu. Cam sial btul. Satu lagi hal. Ada tiga empat orang kutu yang offer nak jual marijuana kat aku. Aku jual mahal sebab kepala dok pikir nak carik hotel yang sesuai. Sesuai tu bermakna murah tapi selesa.

Last aku dapat satu hotel yang berdekatan dengan station Metro. Tak lah kokak sangat. Satu malam 20 euro, bilik ada tv dan air cond. Tapi yang celaka, bilik air kat luar. Aku tak kesah, janji dapat tido dengan selesa. Kat hotel tu ada dua orang receptionists masa aku check in. Agak peramah dan sempat berbual bual dengan aku. Sorang tu agak chubby atau montel. Badan cam budak kecik terlebih minum susu. Dia kata dia berasal dari Bulgaria. Malam tu aku kuar jap untuk beli apa yang patut. Tido awal disebabkan keletihan. Esok pagi nya aku ambik Metro ke Monastiraki untuk melawat Acropolis. Aku akan citer tentang Acropolis dilain kali. Petang baru aku balik kehotel dan berihat je. Malam tu aku kuar nak carik roti. Aku cuba nak carik kat kedai2 area belakang hotel aku. Sampai je kat area tu, btul2 terkejut dengan suasana kat situ. Penuh dengan orang ramai dan kutu2. Rupanya kawasan pelacuran. Penuh pelacur bediri ditepi jalan dan berbual bual sesama mereka dan dengan bakal2 pelanggan. Terkejut bila ada satu suara menegur aku, mesia mesia. Rupanya receptionist hotel aku yang chubby tu. Dia tanya aku nak pegi mana. Aku cakap nak carik roti. Bila aku tanya dia, dia wat apa kat situ. Selamba je dia cakap. Part time job jadik pelacur. Adussssssss. Tak sangka. Rupanya dia sorang pelacur. Pepun, Athen memng meriah diwaktu malam. Penuh dengan kupu kupu yang berterbangan.  

Titik akhir Cabo Da Roca




Mungkin ada yang tak tau, Tanjong Piai di Pontian Johor ada lah titik akhir atau last point paling selatan bagi benua Asia. Pernah sekali aku kesana. Semasa mengembara ke Portugal, aku sempat singgah di Cabo Da Roca. Titik akhir sebelah barat benua Eropah. Salah satu destinasi atau tempat tumpuan pelancung di Portugal. Untuk kesana, aku naik bas dari Sintra. Perjalanan yang ambik masa dalam 45 minit. Cabo Da Roca agak tenang dan mendamaikan. Ada didirikan sebuah tugu dan rumah api kat situ. Aku lepak kat situ dalam tiga jam sambil merenung Lautan Atlantik yang terbentang luas.

Monday

Bendera Malaysia dekat Armsterdam



Aku nampak bendera Malaysia ni masa lepak kat Aroza hostel di Armsterdam. Satu malam aku kena bayar 20 euro, kurang lebih seratus rm dok kat hostel tu. Satu dorm ada dua belas orang. Boring giler. Bercampur lelaki dan pompuan. Tension beb.Tak boleh nak tido bogel hehehe.

Budak pengilat kasut di Blue Mosque

Semasa aku mengembara ke Turki, aku singgah kat Istanbul lebih kurang seminggu. Sewa hotel murah kat area Sulten Ahmed, btul2 dibelakang Blue Mosque. Selalu lepak kat depan Blue Mosque tu. Santai sambil minum teh. Dan tengok pelancung yang datang sambil menunggu masuknya waktu solat. Aku rajin solat berjemaah kat masjid tu. Yang pasti, jemaah lain akan tengok aku dengan satu pandangan luar biasa. Aku berpakaian rugged tanpa kopiah. Mungkin dorang tertanya tanya aku ni berbangsa apa dan berasal dari mana. 

Satu peristiwa kat Masjid Biru tu yang buat aku tak kan lupa sampai bebila. Ditipu oleh sorang budak penggosok atau pengilat kasut. Geram pun ada, tapi lebih pada kelakar. Seblum tu dia dah cuba banyak kali nak gosokkan kasut aku. Aku tetap tolak dengan cara baik. Satu hari tu, budak tu mintak rokok. Tanpa pikir panjang aku hulurkan sebatang. Dia terus hisap rokok tu sambil bertanya aku ni berasal dari mana dan berborak borak. Aku layan je la. Habis je dia hisap rokok, dia ucap terima kasih kat aku. Dia cakap, sebab aku belanja dia rokok, dia nak gosok dan kilatkan kasut aku dengan percuma. Aku cakap ok je. Lepas dia siap gosok dan kilatkan kasut aku, dia mintak duit. Hangin aku. Tadi kau cakap free, apsal mintak duit lak. Aku sound dengan geram. Nak tergelak aku bila dia cakap. Gosok tu memang free, tapi kiwi kena bayar bro. Cissss. Tertipu gak aku. Tak sampai hati, aku hulurkan gak la lima euro. Jimmy tertipu hehehe.

Siput sedut di Casablanca

Siput sedut memng salah satu aku punya masakan favourite, nak lak dimasak dgn keladi. Sebut pasal siput sedut, teringat akan satu kenangan semasa aku mengembara ke Casablanca. Aku sampai Casablanca waktu petang dari Fez. Lepak kat satu hotel dipusat bandar. Selepas magrib aku ronda2 kat kawasan berhampiran. Jalan2 carik makan dan usya awek Casablanca yang kelihatan cun2. Aku jumpa satu dataran yang penuh atau sesak dengan orang ramai. Siap ada taman dan pancutan air kat situ. Ramai yang bersantai bersama family dan kawan2. Rupanya kalau hari jumaat petang memng tempat tu jadik tumpuan orang ramai bersantai. 


Kat dataran tu ada gak yang menjual makanan dan kain baju. Tak lah banyak cam pasar malam. Masa merayau tu, aku terjumpa satu meja yang jual sop siput. Dimasak dalam satu periuk yang besar dan diletakkan selonggok siput diatas meja sebagai sample. Berhenti aku sekejap untuk perhati cam mana dorang makan siput tu. Mamat yang jual siput tu pun sound aku. Arigato, good good, sambil tunjuk selonggok siput yang diatas meja. Mati2 dia ingat aku ni orang Jepun. Aku hanya tersenyum tanpa berkata apa2 dan terus memerhati. Yang aku perasan, ramai yang order semangkok sop tanpa ada siput didalamnya.

Aku tanya kat mamat yang jual tu, cam mana cara nak makan siput tu. Kena cungkil dengan lidi katanya. Akhirnya aku order semangkok sop dengan siput sekali. Diberinya aku sebatang lidi. Dah lupa berapa harganya. Jauh lebih mahal dari sop kosong. Aku cuba nak sedut gak siput tu. Apa barang main cungkil2. Tak thrill langsung. Aku cuba dan cuba sedut, isi siput tu susah nak kuar gak. Mungkin kat bahagian hujungnya tak diketuk cam selalu diwat dengan siput sedut ditanah air. Terpaksalah aku makan dengan mengcungkil. Tak dapat aku lepaskan gian aku untuk sedut2 siput cam selalu. Kan lebih nikmat kalau dapat sedut dari cungkil.

Sunday

Cinta jarak jauh


Adakah korang tengah bercinta. Atau tengah berduka kerana putus cinta. Kalau tgh frust, mesti cakap, get lost with love la. Atau, aku tak pecaya dgn cinta lagi la. Cam merak dah takde buih lak. Yang herannya, nampak awek cun tetap jeling2. Cam sioott je. Cinta tu adalah satu anugerah. Tak kira lah korang jenis jiwang atau bukan jenis mat bunga2 ke. Cinta tetap datang antara dapat dimiliki atau pun tak. Kata orang, cinta yg paling indah adalah cinta jarak jauh. Cinta yang punya pelbagai rasa. Cinta yang penuh dgn pengembaraan didalamnya. Kena ada kekuatan diri untuk layan cinta jenis ni. Lembik2 tak yah layan la. Boleh sasau diwatnya. Sebagai sorang pengembara, sentiasa mengusung rindu bila diresapi cinta jarak jauh ni. Dihidapi satu penyakit yg tak dapat mana2 doctor sembuhkan. Memang tak akan dapat mc dengan penyakit ni kalau jumpa atau mintak dgn doctor. Apa lagi kalau bukan penyakit angau. Kotak pikiran penuh dgn angan2. Pepun, cinta jarak jauh memang indah. Bertambah indah bila disulami oleh kejujuran dan kepercayaan. Lebih manis dari kuih lapis atau air sirap bandung. Kalau tak caya. Cuba lah. Lentok wa cakap lu.

Expidisi tunggang gajah di Chitwan




Masa kat tanah air aku ada terbaca tentang satu tempat pemulihan gajah2 liar di Lancang Pahang. Kuala Gandah kalau tak silap nama tempat tu. Teringin nak kesana untuk carik pengalaman menunggang gajah. Sampai sekarang keinginan aku tu tak tercapai. Masa aku mengembara ke banjaran Himalaya, hajat aku nak menunggang gajah tercapai gak. Di Chitwan National Park Nepal. Dua hari aku lepak kat Jungle Sunset Camp di Chitwan. Resort yg aku dok tu, terletak btul2 ditepi sungai Chitwan. Terasa damai diwaktu malam bila terdengar air sungai mengalir sambil berkumpul dan berborak borak dengan backpacker2 lain.

National Park tu agak jauh gak dgn resort yg aku dok. Terpaksa naik pick up untuk kesana. Aku dah lupa berapa bayaran untuk aktiviti menunggang gajah tu. Sorang kawan tempatan yang bayarkan. Satu gajah bleh ditunggang oleh empat orang. Bila semua dah naik kat atas gajah dengan tangga atau station yg dah disediakan, terus bergerak ke kawasan hutan dgn berkonvoi. Dalam kumpulan lima atau enam ekor gajah. Kalau bernasib baik, boleh jumpa binatang2 liar cam badak sumbu, rusa dan harimau. Hampir tiga jam berpusing pusing kat dalam hutan. Siap menyeberangi beberapa anak sungai. Btul2 terasa adventure. Tapi sayang, hanya aku dapat jumpa rusa je. Mungkin harimau pun takut nak kuar. Takut dengan aku. Mungkin harimau rasa yg hidung aku ni berbelang agaknya.

Sesat mencari Mezquita di Toledo.

Aku pernah mengembara ke Spain selama seminggu. Spain btul2 memikat hati aku. Dah lah awek  dia banyak yang cun giler. Dan punya banyak monument sejarah waktu kegemilangan kerajaan islam Andalusia. Aku sempat singgah kat Madrid, Seville, Cordoba, Granada, Malaga, La Linea ,Tarifa dan Toledo. Seblum aku sampai ke Spain, aku buat homework skit. Tertarik dgn satu info tentang bandar Toledo. Ada sebuah masjid yang berusia lebih dari seribu tahun disana. Dari situ aku listkan Toledo salah satu destinasi yg aku akan lawati apabila menjejak kaki kat Spain.

Toledo terletak 70 km dari Madrid. Bleh naik train atau bas untuk kesana dari Madrid. Aku pilih naik bas. Toledo memng kelihatan cantik apabila dilihat dari jauh, bandar yg terletak diatas bukit. Sampai je, aku terus pegi kat tourism ofis dan ambik peta. Tanya salah sorang awek kat tourism ofis tu lokasi Torneries Mosque yg aku nak lawati. Dia beritau lokasi dan sempat tanya aku ni berasal dari mana. Bila aku kata, Malaysia. It’s a beautiful country, kata balas dari dia dgn satu senyuman yg manis. Tapi tetap tak watkan jantung aku bergetar. Bila sampai ditempat yg agak tinggi skit, bleh nampak sungai Tagus yg mengalir tenang dikaki bukit. Aku berjalan dan terus berjalan sambil  berhenti dibeberapa tmpt yg menarik dikawasan Puerta del Sol dan Cambron Gate. Sedar tak sedar aku tersesat sampai kepusat bandar. Bandar lama yg penuh dengan lorong2 kecil. Sesak dengan pelancung2 luar.



Bila tersedar aku tersesat, terus tanya kat beberapa orang dimana lokasi masjid yg aku carik. Ooo, mezquita kata dorang. Rupanya mezquita tu bermakna mosque dalam bahasa Spanish. Belok kiri belok kanan, turun dan naik bukit dan akhirnya jumpa gak masjid yg aku carik tu. Bangunan bercorak Islam dan dibina pada tahun 999 oleh khalifah islam yg berpusat di Granada semasa memerintah Sepanyol waktu tu. Masuk dikenakan bayaran. Masjid yg tak lagi digunakan dan masih dalam baik pulih atau renovation. Tak dapat aku solat sunat kat situ. Hanya terasa sayu bila melangkah pergi. Mungkin tak akan berjumpa lagi dengan mezquita selepas ni.

Saturday

Impian


Tiap2 orang mesti ada impian atau cita2 sejak dari kecil lagi. Kebanyakkan impian tu semua mcm angan2 je. Kononnya ada yang nak jadi bintang filem atau penyanyi  terkenal. Waktu sekolah menengah dulu aku ada impian nak jadi drummer kumpulan rock. Abuk pun takde. Kalau tanya apa impian aku yang lain. Salah satunya adalah, aku nak mengembara dan mengelilingi dunia. Syukur alhamdulilah, impian aku tu nampaknya kian terlaksana. Aku dah berjaya mengembara kebeberapa negara ditiga buah benua. Banyak pengalaman dan kenangan yang telah aku perolehi. Ada yang manis dan yang pahit. Aku akan berkongsi pengalaman tu semua diblog ni. Juga pengalaman2 aku semasa aku berkeje diluar negara. Tak lupa juga berkongsi luahan hati aku dari masa kesemasa. Kan sharing is caring.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...