Sebelum aku mengembara ke
Spain aku tak pernah dengar tentang monument Palacio De Generalife atau
Generalife Palace yang berada di Granada. Tujuan aku ke Granada hanya untuk
melawat Al Hambra. Bila aku berada di Al Hambra baru aku tau akan kewujudan Generalife
Palace.
|
Palacio De Generalife |
|
Jalan Ke Generalife |
Terletak berhampiran dengan Al Hambra. Mula mula aku ingat satu
bangunan peninggalan orang Kristian. Disebabkan namanya. Aku terharu atau
terkejut bila berada disana. Terdapat banyak ukiran ayat ayat Al Quran dibangunan
tersebut.
|
Bangunan Generalife Dan Ukiran Ayat Al Quran Didindingnya. |
Generalife ada bekas istana
Emir atau Sultan kerajaan Islam Granada semasa menjajah Spain. Istana untuk
berihat dimusim panas. Dibina oleh Emir Muhammad Ke3 pada awal kurun keempat
belas. Dikelilingi oleh taman taman bunga yang indah. Taman yang terdapat kolam
dan air pacutan. Sistem dan saluran air pancutan yang menjadi satu misteri. Tak siapa yang
tau bagaimana sistem dan saluran tu dicipta sampai sekarang.
|
Ukiran Ayat Ayat Al Quran Didinding Generalife |
Istana Generalife berada
dipuncak Sabika Hill dan berhampiran kaki Sierra Nevada Mountain. Dari situ
boleh nampak Al Hambra dengan jelas dan sebahagian kota Granada. Terdapat info di Wikipedia, istana yang
pernah cuba dimusnahkan oleh Napoleon. Termasuk Al Hambra tapi tak berjaya.
|
Taman Dan Fountain Dikeliling Generalife |
|
Permandangan Al Hambra Dari Generalife |
|
Permandangan Sebahagian Kota Granada Dari Generalife |
Istana Generalife adalah
satu salah Unesco World Heritage Site. Satu monument yang bercirikan rekabentuk
islam. Satu monument yang indah. Seindah ayat ayat Al Quran yang terukir
didindingnya.
2 comments:
wow..kota granada...
x sure plak istana2 kt mesia ni ada buat ukiran ayat2 quran ke idak..
tak pasti...saya tak penah masuk istana ditanah air...:)
Post a Comment