Salah satu aktiviti yang agak adventure disini adalah
menjelajah gurun. Gurun terbentang luas yang sayup mata memandang. Boleh lihat
keindahan sand dunes atau bukit bukit pasir semasa pengembaraan. Dalam
perjalanan akan ketemu ladang ternakan unta dan unta unta liar. Pernah terjumpa
satu jenis bunga yang aku tak tau namanya. Berwarna kuning dan tumbuh mekar
digurun yang gersang. Hanya sedikit hairan. Macam mana bunga ni boleh hidup
digurun yang betul betul gersang. Apakah bunga ni tak perlukan air untuk hidup.
Persoalan yang masih belum terjawab.
Selalunya pengembaraan akan berhenti ditepi laut. Berkhemah
dan bersantai. Selalu terjumpa khemah khemah yang didirikan oleh penduduk
tempatan. Khemah yang boleh disewa. Aktiviti yang dibuat semasa berkhemah,
saperti BBQ, memancing, mandi laut dan sand boarding. Kalau tempat yang
bersalji orang akan bermain ski. Dipadang pasir agak berlainan skit. Melunsur
dari atas sand dunes atau bukit pasir dengan sandboard. Satu pengalaman unik.
Hanya tinggal satu je impian aku. Ingin menjelajah gurun
dengan menaiki unta. Harap satu hari nanti, impian aku tu akan tercapai.
No comments:
Post a Comment