Sunday

Sejenak Di Masjid King Hassan II Casablanca

Salah satu simbol terkenal kota Casablanca adalah Masjid King Hassan II. Aku sempat melawat masjid tu semasa singgah di Casablanca Morocco. Salah satu masjid terapung yang mengadap Lautan Atlantik yang terbentang luas.

 

Masjid King Hassan II adalah salah satu masjid yang terbesar didunia. Minaret masjid yang tertinggi didunia. Boleh memuatkan 25000 orang untuk bersolat didalam masjid dan 80000 diluar masjid atau satu dataran yang luas. Mula dibina pada tahun 1986. Terletak tak jauh dari pusat kota Casablanca. Boleh kesana dengan menaiki bas atau teksi.


Reka bentuk masjid ni agak berlainan dari masjid masjid lain. Tanpa ada kubah yang berbentuk bulat. Reka bentuk bangunan masjid ni diambil dari Al Hambra dan Masjid Besar Cordoba di Spain. Kalau masuk kedalam, suasana terasa berada di Masjid Besar Cordoba. Dikelilingi oleh laut dan taman taman bunga. Kelihatan amat indah kalau dipandang dari jauh.


Masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Morocco ni dibuka untuk pelawat. Termasuk pelawat yang bukan berugama Islam. Memang masjid ni menjadi tumpuan bagi pelancong pelancong dari negara luar. Satu masjid yang indah dan unik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...