Banyak juga tulisan dan
lukisan graffiti yang berbau politik. Ada yang dilukis dan ditulis disignboard
atau papan tanda. Bagi aku tu dah dikira satu vandalism. Tempat yang tak
sepatutnya. Kadang kadang menyakitkan mata bila tengok.
Dulu masa aku memula sampai
di Eropah. Agak terkejut bila tengok stesen dan banyak keretapi pun ada graffiti. Tak pasti sama ada sengaja
dibuat atau pun tak oleh pihak yang menguruskannya.
Selalunya dibangunan atau
tembok lama dorang buat graffiti. Ada yang kelihatan cantik dengan pelbagai
warna. Boleh dikira macam abstract expressionism. Satu seni yang agak menarik
kalau dilukis dengan indah. Satu seni yang unik.
No comments:
Post a Comment