Sebelum aku sampai ke
Paris. Aku langsung tak terpikir akan melawat Disneyland. Mungkin selalu
terdengar ramai yang minat ke Disneyland kalau mengembara ke LA dan Tokyo. Itu yang
menyebabkan aku teringin kesana. Juga untuk menambahkan pengalaman atau
sekurang kurangnya aku pernah melawat Disneyland. Disneyland Paris adalah kesempatan
aku.
Hari tu adalah hari
terakhir aku berada di Paris. Selepas check out dari hotel dan simpan bag aku
disitu, aku terus ke stesen Metro. Terus aku tanya kat counter berapa tiket
untuk satu hala dan beritau destinasi aku. Perempuan kat information centre
beritau aku. Ada special offer kalau ambik tiket satu hari berserta tiket masuk
ke Disneyland. Harga dalam 65 euro. Aku diberitau yang harga tiket Disneyland
tak menentu. Ikut pada musim dan harga dihujung minggu dan cuti umum lagi mahal
dari biasa. Boleh mencecah hingga seratus lebih euro. Aku pun beli tiket tu dan
terus menaiki Metro menuju ke stesen Marne La Vallee. Stesen Metro yang paling
akhir sekali bagi line merah dan stesen khas untuk Disneyland.
Disneyland Paris ada lima
kawasan thema atau themed areas. Fantasy, Adventure, Frontier Land, Main Street
USA dan Show And Parade. Masuk je aku terus menjelajah kesemua kawasan. Mulai
dari Fantasy Land. Singgah sekejap di Hollowood Planet. Usya T shirt dan
jacket. Beli satu T shirt sebagai souviner. Sambung ronda ronda dan singgah
sekejap di Main Street USA. Terasa macam berada kat USA masa tu. Suasananya
betul betul macam kat USA.
Selepas tu aku terus naik
tram. Mengelilingi Frontier Land. Boleh tenguk macam macam kat situ. Patung,
kenderaan, kapalterbang, robot, bangunan dan tempat tempat yang pernah digunakan
untuk buat atau shooting filem.
Last sekali aku pergi ke
Show And Parade. Tenguk pertunjukan stunt. Baru aku tau macam mana adegan lasak
sesuatu filem tu dibuat. Nampak macam real je bila tengok masa filem ditayangkan. Selepas aku tenguk pertunjukan
stunt aku terus pergi ketempat pertunjukan Parade. Watak watak dalam filem Walt
Disney berarak menaiki kereta antik. Memang nampak cantik dengan suasana yang
berwarna warni. Masa tu aku betul betul dalam kepenatan. Aku lepak dan berihat sekejap
di Disney Village sambil melihat gelagat pengunjung lain.
Tak lama selepas tu aku
keluar dari kawasan Disneyland dan terus kesetesen Metro. Menuju kehotel aku
untuk ambik bag.Terus ke stesen keretapi dan malam tu aku meneruskan pengembaraan menuju ke Basel.
Meninggalkan Paris dalam kepenatan. Tanpa ada perasaan romantis.
No comments:
Post a Comment