Satu kawasan disini yang aku selalu pergi ya lah Al Wakra. Terletak lebih kurang lapan kilometer dari Doha. Pekan untuk aku membeli barang barang dapur dan draw duit di ATM machine. Satu lagi. Tempat aku selalu makan dan santai dengan kawan kawan. Walaupun Al Wakra satu pekan kecil tapi lengkap dengan pelbagai kemudahan. Bandar yang tak lah sesibuk Doha City. Kalau ada kesempatan nanti, aku akan ceritakan kisah Doha dilain entry atau post.
Kalau aku kesana, ada dua kedai yang aku selalu masuk dan beli barang. Kedai yang menjual buah buahan dan sayuran. Satu lagi kedai grocery atau kedai barang barang runcit. Kedai untuk aku beli bahan bahan masakan maggie special aku yang hanya mengunakan rice cooker. Main rebus. Beli macam bawang, telur, sausage, cili, ayam dan lelain. Harga barang barang disini, ada yang lebih murah dan mahal dari tanah air. Ikan, sayuran dan buahan agak murah sedikit disini. Hanya buahan yang datang dari Malaysia agak mahal. Kalau tengok gambar dikedai buahan tu, akan nampak buah rambutan dan manggis bersama harganya. Lapan biji buah rambutan berharga 18 rial atau kurang lebih 15 ringgit. Kalau kat Careffour di Doha City lagi mahal. Dah mengidam sangat baru aku beli. Lagi satu, rokok , kereta dan petrol jauh lebih murah dari tanah air.
Boleh jumpa banyak restoren Arab, Turki , Barat dan India disini. Walaupun Al Wakra satu pekan kecil. Terdapat jugak KFC, Pizza Hut, mcD dan restoren yang ada nama. Hanya restoren dari negara Asean dan Chinese je yang tak ada. Terpaksa pergi ke Doha City. Sekarang dah senang kalau nak ke Doha City. Dah ada highway tanpa tol. Doha Expressway. Sesekali akan nampak kereta Proton menyusur di highway tu. Mungkin tol tak perlu dibayar disebabkan negara dah kaya gila. Aku je yang masih tak kaya kaya. Yang ada hanya lagak.
3 comments:
hahha. sy mmg ada lagak. tp duit je xde berkepuk2. habuk jela kalo ade pn...
wow.. :) okay nnt cerita2 lg
jaja suka membacanya
john,
lagak takde hal...kan free je...:)
jaja,
takde hal punya...thank.
Post a Comment