Wednesday

Jelajah Lorong Hitam Putih Di Lisbon

Masa aku berada di Lisbon aku tercari cari info tentang tempat tempat menarik ditengah kota. Tertarik dengan beberapa tempat saperti Baixa,  Bairro, Alfama. Mungkin ramai tak tahu yang Islam pernah menjajah Portugal selama beberapa kurun. Kesan peninggalan Islam masih terdapat lagi di Alfama. Satu lagi tempat yang berada di kawasan lama ditengah kota Lisbon adalah Chiado. Digelar Black And White Street Of Lisbon. Aku tertanya tanya kenapa tempat tu digelar Black And White Of Lisbon. Datang keinginan aku untuk pergi ke Chiado dan tempat lama lain ditengah kota Lisbon.







Aku menaiki metro menuju Chiado. Tak lah jauh dari hotel aku di Rossio. Hanya melepasi satu stesen. Dari metro stesen aku menuju ke Don Pedro Square. Terdapat satu tugu dan pancutan air atau fountain dihadapan bangunan Teatro Nacional. Berihat sekejap di pancutan air. Patutlah Chiado dipanggil Black And White Of Lisbon. Semua jalan dan permukaan tanah diletakkan batu batu yang berwarna putih dan hitam.





Selepas tu aku menyusuri  Garret Street. Kedai kedai dilorong tu semuanya ditutup. Masa tu hari Ahad. Suasana agak lengang. Kelihatan kurang pelancung luar. Dipenhujung lorong tu ada sebuah gate atau pintu masuk. Disitu ramai pejaja yang menjual barang barang souviner dan seniman jalanan membuat persembahan. Keluar dari gate akan nampak dataran atau square yang dipanggil Praca Do Comercio. Dah memasuki kawasan Baixa. Terletak ditepian Tagus River. Terus aku berihat dan lepak disitu sambil melihat kapal yang belayar dan jambatan 25 De Abril Bridge. Dari situ aku beredar ke Bairro. 




Apa pun aku dapat satu pengalaman menjelajah satu lorong yang berhitam putih. Satu lagi pengalaman baru.


2 comments:

Azizan Zolkipli said...

ohoooo, itu pasal lah digelar hitam - putih. mula2 sangkakan ada cerita tersembunyi sebalik penamaan itu.

terima kasih atas perkongsian info, gambar2 menarik & pengkisahan ni ...

Jimmy said...

sama sama wak...kan sharing is caring...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...