Aku menaiki bas untuk ke
Cordoba. Perjalanan mengambil masa kurang lebih tiga jam. Didalam perjalanan
boleh lihat ladang ladang pokok zaitun terbentang luas. Sampai je kat stesen
bas Cordoba, aku terus pergi ke tourist information centre. Dapatkan peta dan
info tentang monument bersejarah disana. Staff kat situ suggest aku supaya
lepak kat hotel dikawasan kota lama. Berhampiran dengan The Mezquita. Terus aku
naik teksi kesana. Tak lah jauh mana. Dalam tiga kilometer rasanya.
Sampai je kat kota lama,
aku suruh teksi carikkan satu hotel yang agak murah. Dapat satu hotel murah betul
betul dibelakang The Mezquita. Hari dah petang masa tu. Tanpa membuang masa,
aku terus kuar untuk ronda ronda dikawasan kota lama yang penuh dengan monument
bersejarah.
Selepas aku tengok The
Mezquita dari luar, aku terus ke Roman Bridge. Roman Bridge ada jambatan yang
menyeberangi Guadalquivir River. Dihujung jambatan terletak Museum Of Al
Andalus Life. Museum yang banyak meyimpan artifact Islam semasa memerintah
Cordoba. Selepas santai di Roman Bridge aku terus ke beberapa tempat lain.
Sempat melawat Alcazar, City Wall, Plaza Del Potro, Calle De Last flores dan
Casa De Sefarad. Hampir senja baru aku balik kehotel.
Malam tu aku carik info
tentang The Mezquita di internet. Tanpa sengaja aku terbaca tentang satu lagi
monument peninggalan kerajaan Islam Cordoba. Monument yang dipanggil Kota Madinat
Al Zahra. Bekas komplek pusat pemerintahan kerajaan Islam Cordoba. Terletak
agak terpencil dan jauh sedikit dari Cordoba. Dibina pada tahun 940. Dibakar
oleh tentera Christian setelah jatuhnya kerajaan Islam dan tertimbus oleh tanah
selama beberapa ratus tahun. Monument tu baru je digali semula dan dibaik
pulih. Datang keinginan aku untuk melawat Madinat Al Zahra.
Esok paginya aku terus
melawat kedalam The Mezquita. Yang mana aku telah ceritakan tentang The
Mezquita di satu entry sebelum ni. Selepas melawat The Mezquita dan beli
beberapa souviner dikedai berhampiran, aku bergegas dengan teksi ke stesen bas
Cordoba untuk pergi ke Madinat Al Zahra. Agak kecewa bila diberitau yang bas
baru je berlepas kesana. Sehari ada satu perjalanan je, pada pukul sebelas
pagi. Hajat aku untuk ke Madinat Al Zahra tak kesampaian. Rasa betul betul
kecewa. Dengan perasaan terkilan aku terus beli tiket bas ke Granada. Al Hambra
telah menanti aku disana.
2 comments:
kalau ada rezeki, pasti suatu hari nanti u berpeluang ke sana jugak, insyaAllah...
*i duk curik2 baca ur blog.. =)
harap cam tu gak la...kan ni blog...kalau you nak baca semua pun i tak kesah....:)
Post a Comment