Monday

Mengayat Awek Radio Slovenia


Ada satu pengalaman manis dan luar biasa yang aku dapat semasa mengembara ke Ljubljana Slovenia. Masa tu dalam pukul sembilan malam lebih skit. Aku sedang kusyuk layan internet dekat dining hall hostel. Tak ambik hal dengan keadaan disekeliling dan suasana pun agak sunyi. Ramai penguni lain yang kuar untuk berhiburan atau ronda ronda untuk menikmati night life di Ljubljana. Tiba tiba datang sorang awek dan terus duduk dikerusi depan aku. Memberi satu senyuman manis tanpa berkata apa apa. Tergaman aku sekejap. Apa yang terpikir masa tu. Awek ni nak tackle aku ke. Nak ajak aku keluar atau dating ke. Perasaan terperasan datang masa tu.


Terus dia memperkenalkan diri. Dia crew dari Radio Slovenia dan ingin menemubual aku. Tanya aku datang dari mana dan dah berapa lama di Slovenia. Aku pun bagi jawapan dan cakap tak jadik masaalah kalau nak interview aku. Sambil dia keluarkan microphone dan recorder, dia kata aku ni orang kedua yang ditemubual. Yang pertama sorang backpacker perempuan dari Austria. Temubual pertama telah dibuat di receiption.

Sessi temubual pun bermula. Banyak jugak soalan yang ditanya dan aku beri jawapan dengan tenang dan steady. Soalan yang ditanya adalah nama dan aku berasal dari mana. Apa yang menyebabkan aku berminat untuk melawat Slovenia. Bagaimana suasana disana dan layanan orang tempatan. Apa masakan tradisinal disana yang aku pernah rasa dan suka. Apa perkara yang ada disana yang berlainan dari negara lain. Apa beda Slovenia dengan negara aku. Selepas Slovenia aku akan ke destinasi mana.

Aku jawab dengan selamba dan macho pertanyaan tu semua. Beberapa jawapan aku. Aku melawat Slovenia disebabkan salah satu negara yang tercantik di Eropah. Aku dapat layan mesra dari penduduk tempatan semasa disana. Dorang tak lokek dengan senyuman dan memberi pertolongan yang diminta. Perkara yang agak berlainan dari negara lain adalah, perempuan disana cantik cantik dan baik. Negara yang mempunyai ramai perempuan cantik cantik yang pernah aku jumpa. Kecantikan semula jadi yang lain dari negara lain. Senyuman dorang boleh buat hati tertawan. Aku pun kurang pasti sama ada jawapan aku berikan tu mengayat atau pun tidak. Tapi memang betul pun yang awek kat sana berlainan sedikit. Mostly rambut dorang tak blonde dan kulit tak lah putih sangat. Tapi tetap hati aku tak tertawan. Taste aku tetap gadis Melayu. Kesetiaan yang tak perlu dipersoalkan.

Kembang kempis hidung awek tu bila dengar jawapan dari aku. Awek tu sentiasa tersenyum je bila berbual dengan aku selepas tu. Mungkin dia dah terperasan agaknya. Selepas sessi temubual, kita orang berbual tentang career, hobi dan pengalaman backpacking masing masing. Lama jugak kita orang berbual. Sebelum dia beredar, dia sempat beritau aku. Boleh dengar temubual tadi pada pukul tujuh malam esok di Radio Slovenia. Aku pun tak cakap apa dan tak mintak e mail atau telefon no dari dia. Hanya kita orang berjabat tangan dan ucap selamat tinggal.

Malam esok nya baru aku rasa menyesal tak dengar temubual semalam diradio. Baru aku terpikir yang aku boleh dengar radio dengan handphone. Pepun, dengar atau pun tak. Tetap menjadi satu kenangan manis bagi aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...