Tuesday

Seram Di Great Siege Tunnels Gibraltar

Mungkin ada yang tak pasti dimana terletaknya Gibraltar. Gibraltar sebuah negara kecil bersebelahan dengan Spain. Titik kedua terakhir benua Eropah dibahagian selatan.Tanah jajahan kerajaan British. Suasana lebih kurang macam kat UK dan mengunakan matawang Pound British.



Salah satu tempat menarik di Gibraltar adalah Great Siege Tunnels. Kota pertahanan dalam gua batu yang dibina pada tahun 1784 oleh tentera British. Terletak di Upper Rock. Boleh kesana dengan cable car atau taxi. Aku pilih kesana dengan taxi. Naik cable car agak mahal.





Masuk kedalam Great Siege Tunnels dikenakan bayaran. Aku dah lupa berapa harga tiket. Masih awal masa aku masuk tu. Tunnels tu baru je dibuka untuk pelawat. Belum ramai lagi yang datang berkunjung. Didalam terowong terdapat penerangan tentang sejarah Great Siege Tunnels. Lebih kurang macam kat museum. Didalam terowong ada beberapa compartment. Yang paling luas dikawasan meriam meriam diletak menghala ke laut.


Untuk membina tunnel memang rumit. Bertahun tahun baru siap. Dengan adanya Great SiegeTunnels, sampai sekarang tentara British dapat berkuasa di Gibraltar. Satu kota pertahanan yang luar biasa. Hampir dua jam aku berada disana. Entah kenapa. Ada masa aku terasa seram bila berada didalamnya.Selepas tu pelahan lahan aku berjalan kaki menuruni Upper Rock.

Seharian aku berada di Gibraltar. Satu negara yang kecil dan indah. Cost agak tinggi disana. Lebih kurang sama cost di UK. Pepun Gibraltar satu tempat menarik untuk dilawati.



2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

Giblatar..jaja membayangkan suasana yg dingin..seram..guruh bergemputa..

heh

abaikan imaginasi jaja :p

Jimmy said...

biasa je kat sana...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...