Friday

Control Mata Di Pantai Athen

Beberapa bahagian kota Athen Greece terletak ditepi laut. Piraeus adalah pelabuhan untuk ferry. Ferry kenegara berdekatan dan pulau pulau di Laut Aegean dan Crete. Piraeus adalah stesen paling akhir Athen Metro dibahagian selatan.Terdapat juga beberapa pantai bagi orang ramai mandi manda dan berkelah, saperti di Alimos, Glyfada, Voula dan lelain lagi.

Kota Athen Dari Jauh 
Palaio Faliro
Piraeus
Semasa aku mengembara ke Athen, aku sempat ronda ronda dikawasan pantai. Mungkin disebabkan pengangkutan untuk kepantai pantai disana agak senang dan murah. Ada tram khas yang dipanggil coastal tram. Stesen tram tu terletak berhampiran Parliament House di Syntagma.

Parliament House

Coastal Tram
Seawal pagi aku keluar dari hotel aku di Omonia menuju ke Syntagma dengan berjalan kaki. Ada metro dari Omonia ke Syntagma. Mungkin aku banyak masa dan Syntagma hanya bersebelahan dengan Omonia. Aku memilih untuk berjalan kaki perlahan pelahan. Sampai je di stesen tram dihadapan Parliament, aku tanya info tentang kawasan kawasan pantai dan harga tiket.Harga tiket hanya satu euro. Stesen paling akhir adalah Voula dan Glyfada. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tram akan berhenti dibeberapa stesen dalam perjalanan. Bila sampai dikawasan pantai ada dua cabang. Sebelah kanan ke Voula dan sebelah kiri ke Glyfada. Aku tak turun dari tram dan terus ke Glyfada.  

Salah Satu Pantai Di Athen

Menyusuri Tepi Pantai

Salah Satu Pantai Pilihan Ramai
Selepas bersiar siar dipantai Glyfada yang sepi. Mungkin sepi disebabkan masih pagi dan bukan hari weekend. Dari Glyfada aku naik tram semula untuk singgah distesen yang berhampiran dengan Alimos. Dari situ aku menyusuri tepian pantai hingga ke Edem. Berihat disitu sambil menuntun anak anak muda bermain bola. Tenguk permandangan kota Athen dari jauh. Pegunjung pun makin ramai yang datang untuk mandi manda. Lama jugak aku lepak dekat situ. Selepas tu aku beredar dan menapak di laluan perjalan kaki di tepi jalan menuju ke Palaio Faliro. Dalam perjalanan terdapat ramai yang sedang bermain volleyball. Lepak sekejap di Palaio Faliro.

Awek Separuh Bogel Bersedia Untuk Berjemur

Memerhati Kota Athen Dari Jauh

Ombak Rindu
Dari Palaio Faliro aku menaiki tram untuk pulang ke Athen. Meninggal kawasan pantai yang agak bersih tapi kurang menarik kalau nak dibandingkan dengan pantai ditanah air. Tak jumpa satu pun pokok kelapa. Dan ada satu perkara yang merimaskan aku. Ramai pengunjung perempuan yang separuh bogel atau topless. Terpaksa aku jadi macam orang barat. Buat selamba dan buat buat tak nampak. Tak lah nampak aku ni macam jakun sangat.



3 comments:

Azizan Zolkipli said...

coastal tram pun dah nampak canggih macam tren komuter kan ...

dari awal baca artikel ni, Wakjan dah tutup mata sebelah. nasib takde gambor2 awek mat salleh berjemur tepi pantai hahahaha ...

lain kali kalau nak lalu tepian pantai yang ada 'freeshow' camtu, kena pakai spek hitam baru 'line clear' hehehe ...

AndaQue said...

Saya masa baca entry dan tengok pic ni dalam hati dah kata pantainya tak cantik, cantik lagi yang ada di tempat kita... rupa-rupanya awak pun kata benda yang sama diakhir entry ni. Maybe tak nampak matahari sebabtu pemandangan lautnya nampak muram.

Jimmy said...

wakjan,

tram tu baru je...tahun 2004, sempena sukan olimpik...slow...kalau pakai spek hitam...nanti terlanggar tiang telepon lak hehehe.

andaque,

memang tak cantik pun...tak leh lawan pantai kat negara asia...memang tak nampak matahari masa tu...cuaca redup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...