Pengangkutan awam tak jadik masaalah. Ada stesen metro hampir
dengan Blue Mosque. Sultanahmed satu kawasan lama Istanbul dan sentiasa penuh
dengan orang ramai bersantai di Ahmed Park yang terletak dihadapan Blue Mosque
dan Agha Sophia. Sultanahmed memang tempat terbaik kalau tinggal di Istanbul.
Semuanya ada.
Dikawasan Sultanahmed juga
tedapat banyak terdapat makam Sultan yang pernah memerintah Turki. Mungkin
disebabkan Sultanahmed pernah menjadi pusat pertadbiran kerajaan Ottomon
selepas Istanbul ditawan oleh tentera Islam. Masih terdapat rumah rumah lama
yang berusia beratus tahun disitu. Tak ada bangunan pengcakar langit atau
bangunan moden disini.
Dilain entry atau post aku
akan ceritakan tentang Blue Mosque. Salah satu monument yang terkenal diseluruh
dunia. Simbol utama kota Istanbul. Monument yang pernah dilawati oleh Pope
Benedict XVI. Sultanahmed memang menarik dengan suasana Istanbul yang
semulajadi.
No comments:
Post a Comment