Dua malam aku berada di
Katmandu. Hari pertama dan terakhir. Memang tak ada apa pun yang menarik kat
Katmandu tu. Yang ada hanya pagoda dan kuil atau temple. Jauh berbeda dengan
bandar lain di Nepal. Katmandu agak kotor dan sesak. Hanya tempat persinggahan
sebelum aku mengembara kawasan lain di Nepal dan berangkat ke India. Kelakar bila dalam flight ke Katmandu yang
penuh dengan perkerja perkerja Nepal dari negara Timur Tengah pulang ketanah
air untuk bercuti. Berpakaian macam macam gaya. Crew kapalterbang naik pening
kepala nak layan gelagat dorang. Asyik tangkap gambar dan video. Kapat terbang
dah diudara pun masih lagi nak buat call. Satu lagi pengalaman luar biasa aku,
menaiki kapalterbang tanpa ada sorang pun penumpang perempuan.
Transit sekejap di New
Delhi dan tak lama selepas tu sampai di Katmandu. Airport yang agak berlainan
dari negara lain. Airport paling teruk yang pernah aku singgah. Memang kecil. Bangunan
dari batu bata dan kemudahan agak ketinggalan zaman. Satu je yang bagus. Kapal
terbang berhenti hampir dengan pintu masuk. Tak payah nak naik bas ke arrival
terminal. Orang bebaris sikit punya panjang dikaunter immigration. Nasib baik
ada lane khas untuk penumpang dari negara luar. Aku isi borang dan kepilkan dua
keping photo terus beratur dikaunter immigration untuk dapatkan arrival visa. Bayaran
visa sebanyak 60 US. Duit Nepal tak boleh dipakai atau tak laku. Satu peraturan
yang aneh.
Ada satu perkara yang aku
puji tentang Katmandu. Terbaik dari negara negara lain. Selepas abis je proses
immigration kita akan jumpa dua atau tiga kaunter untuk booking hotel. Tanpa
ada orang tengah. Harga agak murah. Dengan harga 20 US dah boleh dapat satu
bilik hotel 3 bintang yang selesa. Siap dihantar ke hotel dari airport dengan
percuma. Aku tak ambik satu hotel pun. Hotel aku dah dibooking oleh sorang
kawan yang menunggu aku diluar airport. Kawan yang pernah sama sama kerja satu
tempat dinegara Teluk yang aku duduk sekarang ni.
Keluar je dari airport,
kawan aku dah bersedia menunggu. Terkejut aku melihat suasana di luar airport.
Betul betul terasa berada ditempat yang aku tak terbayangkan sebelum ni.
Suasana yang penuh dengan sampah berselerak dan kereta yang buruk buruk. Nampak
sangat Nepal satu negara yang miskin. Dari airport naik kereta kawan aku menuju
ke hotel di Thamel. Dalam setengah jam perjalanan.
Sampai je dihotel aku terus
check in. Dua orang pekerja hotel terus bercakap Melayu dengan aku bila tau aku
berasal dari Malaysia. Dorang pernah berkerja di Malaysia sebagai operator
kilang selama dua tahun. Sorang perkerja restoren di hotel tu pun pandai
berbahasa Melayu. Dorang bagi layanan yang agak istimewa dan mesra untuk aku. Layanan
yang lebih lagi dari pelancung mat saleh. Memang boleh jumpa ramai pelancung mat saleh disana. Dikawasan
Thamel penuh dengan hotel murah dan mahal.
Dimana mana aku pergi di
Nepal akan berjumpa ramai orang muda yang pandai berbahasa Melayu. Ramai rakyat
Nepal yang pernah dan sedang berkerja di
Malaysia. Ada yang belanja aku makan bila tau aku ni berasal dari Malaysia. Dapat
banyak sahabat baru dari kalangan anak anak muda disana. Bila ditanya kenapa
tak nak berkerja lagi di Malaysia. Jawapan yang selalu dibagi. Jawapan
berbahasa Melayu. Keluarga tak nak bagi lagi. Berkerja di Malaysia tak boleh simpan
duit. Macam macam ada. Malaysia bagus.
6 comments:
seronok baca entri ini ..
tengok papan tanda "Ministry of Education" .. macam tak percaya. betulkan itu Kementerian Pelajaran dia orang ?
bangga juga bila dapat tahu Bahasa Melayu di pertuturkan secara meluas di sana.
Wah ! DAh sampai Nepal. Walau pun Nepal bukan negara mewah terigin juga nak ke sana.
wow..
cerita2 begini yg jaja suka baca..
mmg nepalians pon ramai kt johor..kdg2 sweet je tgk diarang balik kilang secara berjemaah..naik beskal..bawak bekas makanan..kikiki
:)
Memang Nepal negara yang agak miskin, itu lah namanya jauh berjalan luas pandangan kan. Hari ini kita tengok kehidupan di Nepal esok lusa kita tengok kehidupan di Eropah pas tu kepala kita bandingkan kehidupan negara2 tersebut dg negara kita. Insyaallah jika awak ada keinginan ke Nepal lagi pi lah trekking ya...
Bekerja di Malaysia tak boleh simpan duit..
jawab la balik; "duit utk dibelanjakan" .. hehe he
al lavendari,
kalau tak silap saya tu sekolah la boss...nampak ramai budak2 yang kuar masuk kat situ...memang ramai yg akan tegur kita dlm bahasa melayu kat sana...respect kita ya jugak.
nieda,
kat katmandu je agak kurang menarik...tempat lain dari katmandu memng cantik..berbaloi kalau akak pegi bercuti kesana...kan digelar switzerland of the east.
jaja,
memang kita bleh nampak ramai nepalese kat johor...kan johor banyak kilang...so far dorang tak byk wat masaalah.
andaque,
memang saya teringin btul nak wat trekking kat sana...kalau ada kesempatan saya akan kesana lagi...rasa mcm tak puas hati hajat nak kegunung tak kesampaian.
norh,
duit dorang abis pasal selalu pegi pasar malam dan asyik bertukar hp agaknya.
Post a Comment