Beberapa bahagian kota
Athen Greece terletak ditepi laut. Piraeus adalah pelabuhan untuk ferry. Ferry kenegara
berdekatan dan pulau pulau di Laut Aegean dan Crete. Piraeus adalah stesen
paling akhir Athen Metro dibahagian selatan.Terdapat juga beberapa pantai bagi
orang ramai mandi manda dan berkelah, saperti di Alimos, Glyfada, Voula dan
lelain lagi.
|
Kota Athen Dari Jauh |
|
Palaio Faliro |
|
Piraeus |
Semasa aku mengembara ke
Athen, aku sempat ronda ronda dikawasan pantai. Mungkin disebabkan pengangkutan
untuk kepantai pantai disana agak senang dan murah. Ada tram khas yang
dipanggil coastal tram. Stesen tram tu terletak berhampiran Parliament House di
Syntagma.
|
Parliament House |
|
Coastal Tram |
Seawal pagi aku keluar dari
hotel aku di Omonia menuju ke Syntagma dengan berjalan kaki. Ada metro dari
Omonia ke Syntagma. Mungkin aku banyak masa dan Syntagma hanya bersebelahan
dengan Omonia. Aku memilih untuk berjalan kaki perlahan pelahan. Sampai je di
stesen tram dihadapan Parliament, aku tanya info tentang kawasan kawasan pantai
dan harga tiket.Harga tiket hanya satu euro. Stesen paling akhir adalah Voula
dan Glyfada. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tram akan
berhenti dibeberapa stesen dalam perjalanan. Bila sampai dikawasan pantai ada
dua cabang. Sebelah kanan ke Voula dan sebelah kiri ke Glyfada. Aku tak turun
dari tram dan terus ke Glyfada.
|
Salah Satu Pantai Di Athen |
|
Menyusuri Tepi Pantai |
|
Salah Satu Pantai Pilihan Ramai |
Selepas bersiar siar
dipantai Glyfada yang sepi. Mungkin sepi disebabkan masih pagi dan bukan hari weekend.
Dari Glyfada aku naik tram semula untuk singgah distesen yang berhampiran
dengan Alimos. Dari situ aku menyusuri tepian pantai hingga ke Edem. Berihat
disitu sambil menuntun anak anak muda bermain bola. Tenguk permandangan kota
Athen dari jauh. Pegunjung pun makin ramai yang datang untuk mandi manda. Lama
jugak aku lepak dekat situ. Selepas tu aku beredar dan menapak di laluan
perjalan kaki di tepi jalan menuju ke Palaio Faliro. Dalam perjalanan terdapat
ramai yang sedang bermain volleyball. Lepak sekejap di Palaio Faliro.
|
Awek Separuh Bogel Bersedia Untuk Berjemur |
|
Memerhati Kota Athen Dari Jauh |
|
Ombak Rindu |
Dari Palaio Faliro aku
menaiki tram untuk pulang ke Athen. Meninggal kawasan pantai yang agak bersih
tapi kurang menarik kalau nak dibandingkan dengan pantai ditanah air. Tak jumpa
satu pun pokok kelapa. Dan ada satu perkara yang merimaskan aku. Ramai pengunjung
perempuan yang separuh bogel atau topless. Terpaksa aku jadi macam orang barat.
Buat selamba dan buat buat tak nampak. Tak lah nampak aku ni macam jakun
sangat.
3 comments:
coastal tram pun dah nampak canggih macam tren komuter kan ...
dari awal baca artikel ni, Wakjan dah tutup mata sebelah. nasib takde gambor2 awek mat salleh berjemur tepi pantai hahahaha ...
lain kali kalau nak lalu tepian pantai yang ada 'freeshow' camtu, kena pakai spek hitam baru 'line clear' hehehe ...
Saya masa baca entry dan tengok pic ni dalam hati dah kata pantainya tak cantik, cantik lagi yang ada di tempat kita... rupa-rupanya awak pun kata benda yang sama diakhir entry ni. Maybe tak nampak matahari sebabtu pemandangan lautnya nampak muram.
wakjan,
tram tu baru je...tahun 2004, sempena sukan olimpik...slow...kalau pakai spek hitam...nanti terlanggar tiang telepon lak hehehe.
andaque,
memang tak cantik pun...tak leh lawan pantai kat negara asia...memang tak nampak matahari masa tu...cuaca redup.
Post a Comment