Aku menaiki metro menuju
Chiado. Tak lah jauh dari hotel aku di Rossio. Hanya melepasi satu stesen. Dari
metro stesen aku menuju ke Don Pedro Square. Terdapat satu tugu dan pancutan
air atau fountain dihadapan bangunan Teatro Nacional. Berihat sekejap di
pancutan air. Patutlah Chiado dipanggil Black And White Of Lisbon. Semua jalan
dan permukaan tanah diletakkan batu batu yang berwarna putih dan hitam.
Selepas tu aku
menyusuri Garret Street. Kedai kedai
dilorong tu semuanya ditutup. Masa tu hari Ahad. Suasana agak lengang. Kelihatan
kurang pelancung luar. Dipenhujung lorong tu ada sebuah gate atau pintu masuk.
Disitu ramai pejaja yang menjual barang barang souviner dan seniman jalanan
membuat persembahan. Keluar dari gate akan nampak dataran atau square yang
dipanggil Praca Do Comercio. Dah memasuki kawasan Baixa. Terletak ditepian
Tagus River. Terus aku berihat dan lepak disitu sambil melihat kapal yang
belayar dan jambatan 25 De Abril Bridge. Dari situ aku beredar ke Bairro.
Apa pun aku dapat satu
pengalaman menjelajah satu lorong yang berhitam putih. Satu lagi pengalaman baru.
2 comments:
ohoooo, itu pasal lah digelar hitam - putih. mula2 sangkakan ada cerita tersembunyi sebalik penamaan itu.
terima kasih atas perkongsian info, gambar2 menarik & pengkisahan ni ...
sama sama wak...kan sharing is caring...:)
Post a Comment