Salah satu tempat menarik
di Gibraltar adalah Great Siege Tunnels. Kota pertahanan dalam gua batu yang
dibina pada tahun 1784 oleh tentera British. Terletak di Upper Rock. Boleh kesana
dengan cable car atau taxi. Aku pilih kesana dengan taxi. Naik cable car agak
mahal.
Masuk kedalam Great Siege
Tunnels dikenakan bayaran. Aku dah lupa berapa harga tiket. Masih awal masa aku
masuk tu. Tunnels tu baru je dibuka untuk pelawat. Belum ramai lagi yang datang
berkunjung. Didalam terowong terdapat penerangan tentang sejarah Great Siege
Tunnels. Lebih kurang macam kat museum. Didalam terowong ada beberapa
compartment. Yang paling luas dikawasan meriam meriam diletak menghala ke laut.
Untuk membina tunnel memang
rumit. Bertahun tahun baru siap. Dengan adanya Great SiegeTunnels, sampai
sekarang tentara British dapat berkuasa di Gibraltar. Satu kota pertahanan yang
luar biasa. Hampir dua jam aku berada disana. Entah kenapa. Ada masa aku terasa
seram bila berada didalamnya.Selepas tu pelahan lahan aku berjalan kaki menuruni
Upper Rock.
Seharian aku berada di Gibraltar.
Satu negara yang kecil dan indah. Cost agak tinggi disana. Lebih kurang sama
cost di UK. Pepun Gibraltar satu tempat menarik untuk dilawati.
2 comments:
Giblatar..jaja membayangkan suasana yg dingin..seram..guruh bergemputa..
heh
abaikan imaginasi jaja :p
biasa je kat sana...:)
Post a Comment