Wednesday

Terindu Pantai Lido Di Al Corniche

Dah bertahun aku tak pulang kekampong halaman aku di Johor Baharu. Setiap kali aku bercuti, aku akan mengembara ke negara lain. Aku ambik peluang dan kesempatan yang ada. Lagi pun negara yang aku duduk ni agak berdekatan dengan Eropah. Kalau aku menetap ditanah air, belum tentu aku akan dapat menjelajah ke benua Eropah,Timur Tengah dan Africa.Yang pasti, satu hari nanti aku akan pulang jugak ke kampong halaman aku. Aku rindu giler dengan makanan, suasana dan cara hidup ditanah air.




Ada satu tempat disini bila aku lepak je dekat situ terus teringat dan terindukan kampong halaman. Mungkin suasananya lebih kurang sama macam Pantai Lido atau sekarang dah dikenali sebagai Danga Bay. Tempat yang aku maksudkan disini adalah Al Corniche. Satu kawasan teluk tepi laut yang berhampiran dengan Doha City. Tempat orang ramai santai atau berlibur dan berihat. Selalunya diwaktu petang, malam dan dihujung minggu. Satu tempat yang cantik dan bersih.





Dikawasan situ banyak boat nelayan yang berlabuh. Nelayan kebanyakkan pendatang dari India. Ramai yang Muslim. Waktu petang dan malam, boat boat nelayan ni akan rapat ke jetty. Jual ikan dorang yang baru dibawak balik dari laut. Fresh giler dan murah. Time tu penuh dengan orang ramai dari pelbagai bangsa. Waktu pagi dan tengah hari, jualan ikan masih dijalankan walaupun jetty kosong tanpa boat. Boat semua dah turun kelaut. Aku tak pernah beli ikan kat situ. Setakat nak goreng je buat apa.Kadang kadang terpikir jugak nak beli. Buat masak asam pedas. Masaalah pulak. Mana aku nak rembat daun kesum dan lada boh kat sini. Dah lah masak dengan rice cooker. Terpaksa mengidam je lah. Balik kampong nanti aku akan bedal cukup cukup. Sedut kuah asam pedas tu pakai straw.



Dari Al Corniche akan nampak dengan jelas Doha City dihujung teluk. Jarak dalam dua kilometer. Kalau aku nak ke city centre terpaksa melalui situ. Ada masa aku berhenti sekejap waktu pulang dari city centre. Selalunya bila ada kawan kawan. Lagi satu, dekat situ tak boleh romantik sangat. Carik penyakit kalau ditangkap berduaan dengan kekasih diwaktu malam. Terus dihantar pulang kenegara asal. Setiap kali aku lalu disitu, akan teringat kampong aku yang jauh beribu batu. Rindu serindu rindunya dengan Selat Tebrau.

2 comments:

AndaQue said...

ohhh org JB ya saya hampir 10 tahun duk JB, selat tebrau ngadap spore tu kan... ok lah tapi air ia keruh kerana air tak leh ngalir disebabkan tambak tukan.

Ha ah

Jimmy said...

aah..saya memng orang JB...air yg tak sesuai untuk mandi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...