Monday

Yang Tinggal Hanya Ayat Al Quran Di Palacio De Generalife

Sebelum aku mengembara ke Spain aku tak pernah dengar tentang monument Palacio De Generalife atau Generalife Palace yang berada di Granada. Tujuan aku ke Granada hanya untuk melawat Al Hambra. Bila aku berada di Al Hambra baru aku tau akan kewujudan Generalife Palace.

Palacio De Generalife
Jalan Ke Generalife
Terletak berhampiran dengan Al Hambra. Mula mula aku ingat satu bangunan peninggalan orang Kristian. Disebabkan namanya. Aku terharu atau terkejut bila berada disana. Terdapat banyak ukiran ayat ayat Al Quran dibangunan tersebut.

Bangunan Generalife Dan Ukiran Ayat Al Quran Didindingnya.
Generalife ada bekas istana Emir atau Sultan kerajaan Islam Granada semasa menjajah Spain. Istana untuk berihat dimusim panas. Dibina oleh Emir Muhammad Ke3 pada awal kurun keempat belas. Dikelilingi oleh taman taman bunga yang indah. Taman yang terdapat kolam dan air pacutan. Sistem dan saluran air pancutan yang menjadi satu misteri. Tak siapa yang tau bagaimana sistem dan saluran tu dicipta sampai sekarang.

Ukiran Ayat Ayat Al Quran Didinding Generalife
Istana Generalife berada dipuncak Sabika Hill dan berhampiran kaki Sierra Nevada Mountain. Dari situ boleh nampak Al Hambra dengan jelas dan sebahagian kota Granada. Terdapat info di Wikipedia, istana yang pernah cuba dimusnahkan oleh Napoleon. Termasuk Al Hambra tapi  tak berjaya.

Taman Dan Fountain Dikeliling Generalife
Permandangan Al Hambra Dari Generalife
Permandangan Sebahagian Kota Granada Dari Generalife
Istana Generalife adalah satu salah Unesco World Heritage Site. Satu monument yang bercirikan rekabentuk islam. Satu monument yang indah. Seindah ayat ayat Al Quran yang terukir didindingnya.

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

wow..kota granada...

x sure plak istana2 kt mesia ni ada buat ukiran ayat2 quran ke idak..

Jimmy said...

tak pasti...saya tak penah masuk istana ditanah air...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...