Aku dah beberapa kali
mengembara ke benua Eropah. Kembara aku kesana baru baru ni, aku sempat
mengembara ke enam buah negara lagi. Lepak kat beberapa buah hostel diberlainan
negara. Dalam banyak banyak hostel tu, yang paling aku suka dan terbaik adalah
Central Hostel di Hungary. Mungkin hostel terbaik sepanjang aku mengembara ke
Eropah dari dulu. Suasana hostel tu terasa macam tinggal dirumah dan layanan
diberi memang bagus.
|
Keleti Railway Station Budapest |
Semasa aku berada kat
hostel di Bratislava aku ada bertanya tentang info hostel di Budapest dengan
reception. Dorang suruh aku cari ditempat letaknya pamphlet hostel hostel
ditempat negara lain. Terjumpa aku beberapa pamphlet hostel di Budapest. Dalam
banyak banyak tu aku tertarik dengan Central Hostel. Disebabkan murah. lokasi
ditengah bandar dan berdekatan dengan stesen metro.
|
Keleti Metro Station |
|
Metro Train |
|
Oktober 6 Street |
Sampai je di Keleti Railway
Station, aku terus ke stesen metro yang berdekatan. Ambik ticket ke Erzsebet
Ter. Sampai je di Erzsebet Ter aku terus menuju ke Oktober 6 Street. Hostel tu
terletak dikawasan situ. Semua info aku dapat dari pamphlet. Sampai je
dibangunan hostel aku tekan butang loceng dan baru pintu dibuka dengan sendiri.
Hostel tu berada ditingkat satu. Yang aku heran skit. Tak ada signboard atau
papan tanda hostel tu.
|
Reception |
|
Dorm 8 Katil |
Aku terus tanya kat reception
ada ke bilik atau dorm yang kosong. Dia beritau banyak yang kosong. Memang
kalau musim winter, hostel banyak yang kosong dan harga agak murah sedikit. Aku
pilih bilik yang paling murah sekali. Dorm lapan katil. Satu malam 10 Euro. Aku
terus bayar untuk tiga malam. Sambil tu aku tanya info tentang tempat tempat
menarik disekitar Budapest. Dorang bagi aku satu peta atau map Budapest dan
terangkan dan tandakan tempat mana yang patut aku lawati
|
Dapur |
|
Hall |
|
Ruang layan TV |
Hostel tu dulu adalah bekas
rumah kediaman. Suasana pun masih saperti rumah kediaman. Ada dapur yang siap
dengan kelengkapan sekali. Dan meja makan dan hall untuk berihat sambil
menuntun tv, mendengar radio dan membaca. Disediakan sebuah computer dengan
wifi percuma. Wifi boleh dapat disemua bilik atau dorm. Kopi, teh dan susu
disediakan dengan percuma. Bebila masa pun boleh buat kopi atau teh kalau
teringin nak minum. Disediakan juga beberapa jenis biscuit dengan percuma
dimeja makan. Ada locker untuk kegunaan sendiri dengan kunci sekali. Kalau tak
silap aku, washing machine pun ada. Ada rak yang penuh dengan buku dan majalah
untuk dibaca. Memang puas hati dengan kemudahan yang ada walaupun harga semalam
hanya 10 Euro. Hostel paling murah dan paling selesa yang pernah aku lepak di
Eropah. Memang terbaik.
|
Computer Dan Wifi Percuma |
Sebab lain yang buat aku
tertarik dengan hostel tu kerana ada satu supermarket yang dibuka 24 jam
berhampiran. Dilorong yang sama terletaknya restoren Indonesia, Yogya Café. Lagi
satu yang paling aku suka, hostel tu dekat je dengan Danube River dan Chain
Bridge.
|
Rakan sebilik |
Kemesraan antara backpacker
lain memang terjalin. Saperti duduk serumah. Memasak, makan, menuntun tv dan
santai diruang tamu bersama sama. Malam pertama hanya aku dan sorang backpacker
dari Taiwan yang tidur di dorm lapan katil tu. Esoknya masuk sorang backpacker
perempuan dari USA dan dua orang backpacker lelaki dari Brazil. Dan malam
terakhir masuk dua orang backpacker perempuan dari Austria. Kita orang semua
jadik sahabat baik.
Budapest adalah satu
destinasi atau kota yang sangat menarik. Disebabkan keindahan kotanya dan cost
yang agak murah. Memang terbaik.
5 comments:
err..se'dorm' dgn backpacker pompuan...hoho
jaja yakin iman jimmy sekental besi katil :p
dah biasa...:)
nak ikut..he he
nak ikut kemana...kan saya dah balik dari sana...:)
next trip.. :P
Post a Comment