Wednesday

Hostel Terbaik Kembara Eropah

Aku dah beberapa kali mengembara ke benua Eropah. Kembara aku kesana baru baru ni, aku sempat mengembara ke enam buah negara lagi. Lepak kat beberapa buah hostel diberlainan negara. Dalam banyak banyak hostel tu, yang paling aku suka dan terbaik adalah Central Hostel di Hungary. Mungkin hostel terbaik sepanjang aku mengembara ke Eropah dari dulu. Suasana hostel tu terasa macam tinggal dirumah dan layanan diberi memang bagus.

Keleti Railway Station Budapest
Semasa aku berada kat hostel di Bratislava aku ada bertanya tentang info hostel di Budapest dengan reception. Dorang suruh aku cari ditempat letaknya pamphlet hostel hostel ditempat negara lain. Terjumpa aku beberapa pamphlet hostel di Budapest. Dalam banyak banyak tu aku tertarik dengan Central Hostel. Disebabkan murah. lokasi ditengah bandar dan berdekatan dengan stesen metro.

Keleti Metro Station

Metro Train

Oktober 6 Street
Sampai je di Keleti Railway Station, aku terus ke stesen metro yang berdekatan. Ambik ticket ke Erzsebet Ter. Sampai je di Erzsebet Ter aku terus menuju ke Oktober 6 Street. Hostel tu terletak dikawasan situ. Semua info aku dapat dari pamphlet. Sampai je dibangunan hostel aku tekan butang loceng dan baru pintu dibuka dengan sendiri. Hostel tu berada ditingkat satu. Yang aku heran skit. Tak ada signboard atau papan tanda hostel tu.

Reception
Dorm 8 Katil

Aku terus tanya kat reception ada ke bilik atau dorm yang kosong. Dia beritau banyak yang kosong. Memang kalau musim winter, hostel banyak yang kosong dan harga agak murah sedikit. Aku pilih bilik yang paling murah sekali. Dorm lapan katil. Satu malam 10 Euro. Aku terus bayar untuk tiga malam. Sambil tu aku tanya info tentang tempat tempat menarik disekitar Budapest. Dorang bagi aku satu peta atau map Budapest dan terangkan dan tandakan tempat mana yang patut aku lawati

Dapur

Hall

Ruang layan TV
Hostel tu dulu adalah bekas rumah kediaman. Suasana pun masih saperti rumah kediaman. Ada dapur yang siap dengan kelengkapan sekali. Dan meja makan dan hall untuk berihat sambil menuntun tv, mendengar radio dan membaca. Disediakan sebuah computer dengan wifi percuma. Wifi boleh dapat disemua bilik atau dorm. Kopi, teh dan susu disediakan dengan percuma. Bebila masa pun boleh buat kopi atau teh kalau teringin nak minum. Disediakan juga beberapa jenis biscuit dengan percuma dimeja makan. Ada locker untuk kegunaan sendiri dengan kunci sekali. Kalau tak silap aku, washing machine pun ada. Ada rak yang penuh dengan buku dan majalah untuk dibaca. Memang puas hati dengan kemudahan yang ada walaupun harga semalam hanya 10 Euro. Hostel paling murah dan paling selesa yang pernah aku lepak di Eropah. Memang terbaik.

Computer Dan Wifi Percuma
Sebab lain yang buat aku tertarik dengan hostel tu kerana ada satu supermarket yang dibuka 24 jam berhampiran. Dilorong yang sama terletaknya restoren Indonesia, Yogya CafĂ©. Lagi satu yang paling aku suka, hostel tu dekat je dengan Danube River dan Chain Bridge. 

Rakan sebilik
Kemesraan antara backpacker lain memang terjalin. Saperti duduk serumah. Memasak, makan, menuntun tv dan santai diruang tamu bersama sama. Malam pertama hanya aku dan sorang backpacker dari Taiwan yang tidur di dorm lapan katil tu. Esoknya masuk sorang backpacker perempuan dari USA dan dua orang backpacker lelaki dari Brazil. Dan malam terakhir masuk dua orang backpacker perempuan dari Austria. Kita orang semua jadik sahabat baik.

Budapest adalah satu destinasi atau kota yang sangat menarik. Disebabkan keindahan kotanya dan cost yang agak murah. Memang terbaik.


5 comments:

Cikgu Jaja™ said...

err..se'dorm' dgn backpacker pompuan...hoho

jaja yakin iman jimmy sekental besi katil :p

Jimmy said...

dah biasa...:)

norh said...

nak ikut..he he

Jimmy said...

nak ikut kemana...kan saya dah balik dari sana...:)

norh said...

next trip.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...